top of page

Wartawan bebas buat liputan, namun perlu berasaskan nilai dan ilmu - Anwar



Wartawan pada era Kerajaan Madani tidak lagi akan ditentukan oleh pemerintah untuk menulis berita berdasarkan selera penguasa.


Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, etika media yang tinggi diperlukan untuk membuat liputan atau berita yang berasaskan ilmu, nilai dan fakta yang tepat.


"Untuk menyebarkan maklumat itu perlu berasaskan ilmu dan nilai. Wartawan harus ada usaha dalam kalangan wartawan dan penggerak media untuk mempastikan yang muda di kalangan waratwan bukan sahaja disiplin kuliah universiti, tetapi sejarahnya memaknai kehidupan.


"Bagaimana kedudukan rakyat dan negara boleh diangkat martabat mereka dengan nilai yang luhur. Yang senang dengan keamanan, persaudaran dan kemanusiaan serta menolak kemungkaran, rasuah, penindasan yang akan merosakkan sendi masyarakat atau merobohkan apa yang kita bina selama ini," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2023 di Ipoh petang ini.


Anwar turut melahirkan rasa kurang senang dengan hujah beberapa pengamal media bahawa setiap individu perlu diberi ruang untuk dilapor sekali pun mereka penjenayah atau orang yang melanggar undang undang.


Katanya, media perlu mempunyai etika tertentu dalam laporan yang kelak akan terkesan kepada masyarakat yang mengikuti laporan media.


"Saya beri contoh gerakan anti rasuah yang sungguh sungguh kita cuba. Ada rakan media, dia sebut berikan ruang yang bebas dalam usaha menolak rasuah dan juga ruang yang bebas kepada perasuah pertahankan diri mereka.


"Saya anggap pandangan ini aneh. Untuk memberi ruang perasuah mempertahankan pandangan mereka seandainya mereka bersih itu boleh, tetapi untuk mempertahankan perasuah atau penindas atau penjenayah itu tentunya tidak wajar dalam satu negara, sekiranya kita mahu angkat martabat sesebuah negara itu," katanya.


Ahli Parlimen Tambun itu juga mengingatkan bahawa media dan pengamal media selepas ini tidak perlu lagi mengamalkan budaya lama seperti mengampu kerajaan.


"Kita tidak teruskan beberapa aspek budaya lampau, di mana sesiapa yang memerintah itu mendapat pujian dan yang tidak bersama pemerintah itu akan dicaci dan dihina.


"Saya tidak mahu ini diteruskan. Kita harus berdiri dan tegak dalam merakam peristiwa, menilai, harus pertahankan prinsip dan nilai.


"Di kalangan rakan kita tidak bersama (pembangkang) atau memilih menentang itu harus diberikan hak tanpa mereka itu terus dicela dan dihina sebagaimana kami alami dulu.


"Inilah perobahan dalam ertikata politik berdasarkan nilai," katanya lagi.


Dalam ucapan itu juga, PM mengumumkan peruntukan kebajikan kepada pengamal media yang uzur melalui Tabung Kasih@HAWANA.


Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM1 juta bagi membela kebajikan pengamal media di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page