top of page

Wanita muda persoal u-turn MKN: Mungkin sidang atas talian lain juga boleh diarah tangguh?


Srikandi KEADILAN melahirkan rasa bimbang terhadap tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membuat pusingan U dalam arahan menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN, biar pun telah diizinkan sebelumnya.


Menurut kenyataan bersama Ketua-ketua Srikandi, langkah u-turn itu dilihat tidak sebagai amalan konsisten dan mungkin boleh sahaja dilakukan ke atas pihak lain pada masa hadapan selepas tindakan duluan (president) ke atas KEADILAN.


Kata mereka, wanita muda kini tertanya-tanya adakah aktiviti atas talian mereka pula akan diarah tangguh oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas ini.


"Ramai wanita muda yang masih belajar, samada di peringkat kolej ataupun universiti, dan kelas mereka semua diadakan secara maya


"Ramai juga wanita muda yang merupakan tenaga pengajar. Mereka mengajar kelas secara maya sebagai pengganti kelas sekolah, kelas tuisyen, ataupun kelas tambahan. Ada juga wanita muda yang terlibat dalam ceramah dan bengkel secara maya kerana kerja atau perniagaan mereka.


"Kita maklum bahawa MKN boleh tiba-tiba memberi arahan supaya Kongres KEADILAN yang sepatutnya diadakan pada 6 Jun, tidak boleh diteruskan, walaupun hanya secara maya.


"Maka tidak mustahil MKN boleh tiba-tiba memberi arahan supaya kelas, ceramah, ataupun bengkel yang diadakan secara maya juga dihentikan tanpa alasan yang munasabah," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN membuktikan sidang video boleh menangani sejumlah besar perwakilan dan membenarkan mereka mengundi persis dengan sidang Parlimen secara fizikal.


"Seramai 656 perwakilan Wanita KEADILAN telah selesai bersidang secara maya pada 4 Jun dan Srikandi telah memainkan peranan besar untuk menjayakannya.


"Berdasarkan pengalaman ini, kami yakin Kongres Nasional boleh diadakan secara maya sambil memenuhi semua SOP. Bagi Kerajaan PN yang sering menyebut keperluan untuk meningkatkan penggunaan teknologi, tindakan bacul mereka untuk menghalang Kongres Nasional KEADILAN adalah satu langkah ke belakang.


"Sama juga logiknya untuk Parlimen yang sepatutnya sudah boleh bersidang. Namun kerajaan PN jelas sekali tidak pedulikan rakyat, termasuk wanita muda, dan lebih rela rakyat dibelenggu kekalutan, kesusahan serta bebanan demi mengekalkan kuasa sebagai kerajaan.


"Srikandi KEADILAN menuntut supaya kerajaan gagal berundur diri," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Raiyan Abdul Rahim, Kaukus Srikandi KEADILAN Pusat; Anetha Pillai,Ketua Srikandi KEADILAN Wilayah Persekutuan; Farzana Hayani Mohd Nasir, Ketua Srikandi KEADILAN Melaka; Ashida Hasuah, Ketua Srikandi KEADILAN Pahang; Nur Aina Adillah Nizam, Ketua Srikandi KEADILAN Terengganu; Norheizan Sofea Mustafa, Ketua Srikandi KEADILAN Perak; Wan Zulaikha Abd Kahar, Ketua Srikandi KEADILAN Negeri Sembilan; Sanggetha Sakkubbai A/P Gopalakrishnan, Ketua Srikandi KEADILAN Johor dan Junaidah Makku, Ketua Srikandi KEADILAN Sabah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page