Wanita KEADILAN umum lantikan Ketua, Timbalan Ketua Wanita
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Biro Politik Wanita KEADILAN Pusat hari ini mengumumkan pelantikan baharu penggal 2025-2028 melibatkan jawatan Ketua dan Timbalan Ketua sayap berkenaan.
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata, pelantikan barisan kepimpinan baharu di setiap negeri diharap dapat memperkukuh penyusunan organisasi di semua peringkat, memacu gerak kerja yang lebih tersusun serta menjadi peneraju dalam membawa suara wanita di peringkat negeri masing-masing.
''Gabungan pengalaman, semangat juang dan kepelbagaian latar belakang yang dimiliki oleh pimpinan yang baharu ini akan mengangkat martabat Wanita KEADILAN sebagai tulang belakang parti dan pembawa obor perubahan yang progresif.
''Pelantikan ini adalah hasil proses rundingan dan penilaian menyeluruh yang mengambil kira kepimpinan akar umbi, pengalaman dan keupayaan untuk menggerakkan jentera wanita dengan lebih berkesan serta keseimbangan representasi antara etnik bagi memastikan suara dan aspirasi wanita Malaysia daripada semua latar belakang dapat diangkat secara adil dan saksama,'' katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kepimpinan baharu yang dilantik mengikut negeri:
Perlis
Ketua: Gan Ay ling
Timbalan Ketua: Mariammah A/P Sandamurthi
Kedah
Ketua: Marduwati Mazlan@Mazlani
Timbalan Ketua: Kogila A/P Puradan
Pulau Pinang
Ketua: Jayanti A/P Kandayah
Timbalan Ketua: Hamidah Sulaiman
Perak
Ketua: Zuraidah Zakaria
Timbalan Ketua: Wasanthee A/P Sinnasamy
Wilayah Persekutuan
Ketua: Jamilah Awang
Timbalan Ketua: Zainab Nayan
Selangor
Ketua: Salasiah Md Disa
Timbalan Ketua: Pua Pei Ling
Negeri Sembilan
Ketua: Rosmawaty Muhamad Ros
Timbalan Ketua: Telagapathi A/P A Marimuthu
Melaka
Ketua: Mahani Masban
Timbalan Ketua: Elizah Asuan Kailani
Johor
Ketua: Noor Fatimah Yusoff
Timbalan Ketua: Loh Siew Wei
Kelantan
Ketua: Mazalina Ibrahim
Timbalan Ketua: Rozianti Md Deris
Terengganu
Ketua: Armila Alias
Timbalan Ketua: Mek Sulaini Puteh
Pahang
Ketua: Sridayu Samsuri
Timbalan Ketua: Farahida Fauzi
Sarawak
Ketua: Victoria Musa
Timbalan Ketua: Hapsah Harun
Sabah
Ketua: Datin Rufinah Pengeran
Timbalan Ketua: Noraini Abd Ghapur
Selain itu diumumkan juga lantikan tambahan Wanita KEADILAN Pusat:
Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat 1: Noraziah Mohd Razit
Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat 2: Rodziah Abul Khassim
Ketua Penerangan: Datuk Ginie Lim Siew Lin
Comments