Wanita KEADILAN-PH Sabah Santuni Mangsa Banjir di PPS Selagon
- Redzuan Shamsudin

- 41 minutes ago
- 2 min read

Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku, turun padang menyantuni mangsa bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, Beaufort dalam satu misi bantuan kemanusiaan baru baru ini.
Menurut Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah itu, kehadiran beliau adalah mewakili Wanita PH Sabah bersama Daikin Musah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah.
"Kehadiran kami ke lapangan merupakan tanda keprihatinan serta komitmen berterusan kepimpinan dalam memastikan kebajikan rakyat yang terkesan akibat musibah sentiasa diberi perhatian sewajarnya," kata Junaidah dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa dalam situasi bencana, semangat kebersamaan dan tindakan segera amat penting bagi membantu meringankan beban mangsa terlibat.
"Misi bantuan ini menjadi platform memperkukuhkan kerjasama antara pimpinan parti, NGO dan masyarakat setempat dalam usaha menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang," ujar beliau.
Dalam misi tersebut, pelbagai sumbangan telah disalurkan kepada mangsa, antaranya barangan keperluan bayi, peralatan kebersihan diri, tuala wanita, makanan serta air mineral bagi membantu keperluan harian di PPS.
Junaidah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan misi bantuan berkenaan, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud; Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan Sabah, Datuk Janne Lasimbang; Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinah Pengeran; ADUN Dilantik, Grace Lee Li Mee; Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh; Ketua Wanita AMANAH Sabah, Siti Hajar; dan Naib Ketua AMK Negeri Sabah merangkap Ketua AMK Penampang, Eldridge Laurence Timis.
Selain itu, sumbangan tambahan berupa air mineral dan roti turut disalurkan melalui wakil Ketua Beliawanis PGRS Sindumin, Nurfasiha Masri; Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob; juga sumbangan daripada Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Lumadan, Datuk Mazlan Joehari Manan.
"Semoga setiap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta memberi kelegaan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian ini," katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sipitang menegaskan komitmen untuk turun padang dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya tanpa mengira latar belakang.
"Kerjasama dan semangat kebersamaan seperti inilah yang perlu terus diperkukuhkan demi membantu rakyat," tambah beliau.




Comments