top of page

Wanita KEADILAN cadang 10 langkah tangani gejala buli



Gejala buli di sekolah dan institusi pengajian gagal ditangani dengan baik sejak sekian lama kerana kelemahan pentafsiran undang-undang yang tidak mempunyai terma khusus untuk jenayah seperti itu.


Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, ketiadaan terma khusus itu menyebabkan pendakwaan ke atas jenayah buli diletakkan di bawah kanun keseksaan dan didapati kurang berkesan untuk menghalang jenayah tersebut daripada berulang.


"Ketiadaan terma khusus untuk jenayah buli menyebabkan isu buli di sekolah dan institusi pengajian bergelut dengan spesifikasi terma. Hal ini menjurus kepada kebergantungan pendakwaan di bawah kanun keseksaan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fadhlina lagi, kajian antarabangsa oleh Comparitech menunjukkan Malaysia dalam tangga top ten untuk gejala Buli Siber.


Malaysia berada di tangga keenam selepas India, Brazil, Amerika Syarikat, Belgium dan Afrika Selatan, yang membawa implikasi negatif kepada masa hadapan kanak-kanak di negara ini.


"Ini secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kecenderungan anak-anak untuk membunuh diri akibat gejala buli.


"Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendedahkan 11.2 peratus remaja dalam kelompok remaja seawal usia 13 tahun mempunyai idea untuk membunuh diri, sembilan peratus merancang untuk bunuh diri dan 10.1 peratus melakukan cubaan untuk membunuh diri," ujarnya.


Oleh itu, menurut Fadhlina, kerajaan perlu memperkenalkan pelan jangka panjang dan kempen penerangan kepada rakyat agar menghindari jenayah buli di semua peringkat usia.


"Bagi menunjukkan komitmen kita dalam membanteras cubaan bunuh diri, harus wujud keseriusan pemimpin dalam membanteras gejala itu yang menjadi penyumbang terbesar kepada kes kesihatan mental remaja dan kanak-kanak" katanya lagi.


Justeru itu, Wanita KEADILAN menyarankan agar satu pelan tindakan dengan 10 langkah diperkenalkan bagi menangani gejala buli:


Langkah 1 : Hapuskan Stigma. Depresi dan isu berkait kesihatan mental bukanlah akibat lemah iman, mengada-ngada atau pencari perhatian.


Langkah 2 : Pasukan Sokongan. Beri bantuan untuk mereka segera mendapatkan akses kaunseling dan klinikal.


Langkah 3 : Ekosistem Selamat. Pastikan mereka sentiasa dilindungi dan didedahkan dengan persekitaran yang selamat.


Langkah 4 : Dokongan Keluarga. Memastikan majikan dan keluarga bersedia sebagai barisan hadapan dalam mendokong individu ini.


Langkah 5 : Bukan Jenaka. Niat dan percubaan bunuh diri harus diyakini sebagai bukan salah satu jenaka yang dibuat-buat kerana ianya melibatkan nyawa orang tersayang.


Langkah 6 : Helah Agama. Berhenti menggunakan helah agama dan sihir yang hanya akan menyukarkan lagi keadaan memandangkan pesakit perlu bantuan psikiatri.


Langkah 7: Persekitaran Sifar Motif. Memastikan mereka tidak ada akses kepada senjata, tali atau cecair beracun yang akan menyebabkan tercetusnya idea-idea mencederakan diri.


Langkah 8: Sistem CICO Check In-Check Out. Memastikan mereka sentiasa boleh dihubungi dimana jua mereka berada walaupun di dalam bilik sendiri.


Langkah 9: Sentiasa Detox. Terutamanya bagi kumpulan aktivis yang perlu berhadapan dengan isu-isu sosial. Mereka perlu dalam keadaan sihat, stabil dan selamat dalam membantu orang lain.


Langkah 10: Dekriminalisasi Percubaan Bunuh Diri. Seksyen 309 kanun keseksaan perlu dikeluarkan daripada pendakwaan jenayah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page