top of page

Wan Azizah gesa kerajaan batal hasrat tubuhkan tabika elit


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang mahu mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) elit seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini.


Bekas Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menganggap cadangan itu hanya akan melebarkan kesenjangan antara golongan B40 dan T20, dan boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.


"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendidikan awal kanak-kanak atau ECD (early child development) amat penting kerana ia merupakan asas kritikal dalam pembangunan dan kejayaan seseorang.


"Wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuklah pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.


"WHO juga berpendapat Kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.


"Justeru, TABIKA elit yang dicadangkan oleh KEMAS adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak," katanya.


Wan Azizah berpandangan, Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan terhadap pendidikan yang berkualiti.


"Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak ini telah dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas.


"Rancangan ini telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada November 2018 bahawa Kabinet telah meluluskan pembentukan jawatankuasa khas ini yang akan berperanan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page