Wakil rakyat wanita diperlukan dalam DUN Sarawak - Fuziah Salleh



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kekurangan wakil rakyat wanita, apatah lagi untuk melengkapkan kuota 30%.


Bagi tujuan itu KEADILAN menempatkan 5 calon wanita parti itu bersaing merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, rakyat Sarawak perlu merobah minda untuk memilih lebih banyak wakil rakyat wanita, terutama kaum wanita Sarawak yang kurang dibela keperluan mereka, agar lebih banyak peruntukan dan skim bantuan dapat dicadangkan di peringkat DUN kelak.


"Saya sebagai Ketua Wanita Pusat berasa bangga kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak telah berusaha sedaya upaya supaya lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


"Usaha KEADILAN untuk meningkatkan perwakilan wanita di cawangan perundangan negeri bukan semata-mata untuk mencapai sasaran minimum 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, tetapi untuk mengiktiraf wanita yang berbakat dan berkemampuan untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat. Amat membanggakan kita berjaya menengahkan lagi 2 daripada 5 calon daripada kalangan wanita muda," katanya.


Tambah beliau lagi, sumbangan wakil rakyat wanita penting pada era pasca pandemik Covid 19, terutama golongan itu adalah pengurus rumah tangga bagi memastikan keluarga tidak terabai, pendidikan terbaik kepada anak anak dan membangunkan semula ekonomi komuniti.


"Sumbangan wakil rakyat kaum wanita dalam dewan negeri atau cawangan eksekutif pentadbiran adalah kritikal pada saat ini kerana wanita yang lebih bersifat empati mengutamakan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan negeri khususnya pada pasca pandemik


"Di sini saya ingin mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon dalam tempoh 12 hari ini dan semoga segala dipermudahkan untuk memenangkan rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total