top of page

Vaksinasi Covid 19: Mengapa Malaysia tertinggal berbanding negara jiran?



Malaysia ketinggalan dalam soal merundingkan pembelian vaksin Covid 19 berbanding Singapura dan Indonesia yang telah mula menyuntik rakyat mereka sejak awal Januari 2021.


Pengerusi Pakatan harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kegagalan menyolok mata tersebut dalam siri siaran langsung di Facebook rasmi beliau malam tadi.


Selain itu beliau juga berhujah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak diteliti perancangan serta pelaksanaannya menyusahkan rakyat dan gagal melandaikan jangkitan Covid 19.


"Saya tidak mesti menyokong PKP, ini berdasarkan sains, angka dan data. Apa hujah darurat, darurat kerana kita nak tumpu masalah Covid. Sekarang kata boleh buka (tidak perlu lanjutkan PKP) dan ini satu kelemahan besar menangani masalah ini yang menyebabkan orang curiga.


"Kita ambil isu vaksin. Betul kita usahakan. Riuh kejayaan sejuta orang, dua juta orang (disuntik vaksin di negara luar) tetapi kita jauh ketinggalan berbanding jiran-jiran.


"Ada dia (kerajaan Perikatan Nasional) bagi alasan, kononnya sebab Sinovac berunding dengan Indonesia lebih awal. Menteri luar China pergi ke Jakarta dan Kuala Lumpur itu selang sehari, mengapa dia berjaya dan kita gagal? Kerana kita tidak berkesan dalam tindakan.


"Kemudan soal vaksin itu ketelusannya dipertikai, berapa jumlahnya, berapa kosnya, siapakah agennya, berapa komisennya orang bangkitkan. Takkan lah dalam soal kesihatan awam pun nak kaut keuntungan lagi? Apa jenis manusia begini. Ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PN dari Umno yang perlu dijawab," katanya.


Kegagalan demi kegagalan kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam menangani situasi pandemik kali ini, kata Anwar kerana kerajaan beliau tidak terbuka menerima saranan daripada pihak lain.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, pembangkang sejak sesi Parlimen pertengahan 2020 lagi telah mencadangkan kerajaan agar merujuk pakar-pakar dari akademi perubatan dalam membuat keputusan berhubung usaha mengekang jangkitan Covid.


"Dia tidak runding pandangan akademi perubatan. Itu kita bawa ke Parlimen setahun yang lalu.


"PKP begitu juga syarikat dan kilang mana boleh buka, mana tidak. Sekarang tutup semuanya jadi orang kelaparan. Kita kena imbang mati kerana sakit atau mati kerana kebuluran?


"Bagaimana penyelesaiannya? Panggillah semua kalangan, bincang dengan teliti dan buat keputusan. Kita bawa di Parlimen mengapa tidak diundang pakar-pakar lain untuk menangani dan menyesaikan?" katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page