top of page

Vaksin Covid boleh dibeli sektor swasta, mengapa kerajaan enggan beri kebenaran?


Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang enggan membenarkan sektor swasta membeli vaksin Covid 19.


Sedangkan, katanya, beliau telah menghubungi pengeluar vaksin di China dan diberi fakta bahawa bukan kerajaan pusat sahaja yang dibenarkan mengimport vaksin.


"Saya hubungi kawan-kawan di China, apakah boleh bawa masuk (vaksin jika bukan kerajaan)? Jawapannya Ya. Apakah mesti melalui satu syarikat (yang dilantik kerajaan)? Jawabnya Tidak. Apakah harganya setinggi sekarang? Tidak.


"Itu saya bingung. Pertama dilarang (bawa masuk vaksin). Orang lain tak boleh. Kedua dilengahkan. Ketiga, bila ada persoalan tentang harga. Namun tiada data berapa jumlah, tak ada. Harga tak tahu


"(Dalam hal pembelian vaksin) kalau kerajaan tak ada keupayaan, buka ruang. Sektor swasta masa ini, syarikat yang untungnya berbilion ringgit, pekerja puluh ribu, mereka boleh beli, bayar sendiri. Kerajaan nak pertahan mereka (kerajaan) sahaja boleh bayar, buat apa? Buka ruang, biar orang dapat kemudahan sebanyak mungkin untuk dapatkan vaksin," katanya dalam siaran langsung Facebook, semalam.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN tersebut mengecam kerajaan PN yang seolah-olah menutup pintu kepada pihak lain untuk membeli vaksin. Malah Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, katanya tidak dibenarkan mengimport vaksin walaupun menawarkan menggunakan peruntukan sendiri.


"Selangor berapa lama minta vaksin. Ada yayasan minta vaksin. Tak usah temberang beri alasan. Kita tahu ada yayasan dari Mac minta beli vaksin, tak ada jawapan.


"Sekarang Pulau Pinang, soal teknikal, peraturan. Buat apa ada darurat (dekri kerajaan mengatasi undang-undang)? Kita buat darurat kononnya untuk menyelesaikan masalah Covid tetapi tetap tak boleh pinda atau arah syarikat (pengimport) beri kelonggaran.


"Semua pembelian perlu melalui Pharmaniaga. Saya tak ada masalah (dengan syarikat berkenaan) sebab mereka telah bawa banyak vaksin. Tetapi dalam krisis berilah ruang, orang mahu beli. Kerajaan boleh jimatkan belanja. Tetapi nak tunjuk mereka berkuasa. Kalau tanya pendapat kita, biarlah (siapa yang punya dana membeli) asalkan tiap rakyat dapat vaksin yang secukupnya," katanya.


Selain itu, beliau juga menyelar kelembapan kerajaan PN menyuntik vaksin kepada rakyat yang kini sekitar 20,000 - 40,000 dos sehari.


Kata Anwar, suntikan tersebut jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan oleh menteri sebelum ini.


"Menteri kata 27 Januari lalu kita akan sediakan 75,000 suntikan tiap hari.


"Katanya akan berjalan pantas April sampai Ogos. Apa yang berlaku suntikan 25,000 sehari. Paling tinggi 40,000 dicatat. Sekarang jadi masalah. Dibangkitkan pula orang tidak mendaftar. Pendaftaran itu paling rumit. Padahal mengikut pengalaman saya orang tak daftar pun kalau diberitahu, dia datang.


"Yang menjadi masalah bekalan vaksin bukan masalah orang tak sedia. Untuk bersedia sepatutnya kempen menyeluruh di masjid, di televisyen dan sebagainya supaya orang menerima vaksin. Ini akan menyelesaikan banyak masalah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page