top of page

'Utamakan semangat harmoni, bertempur hanya hadapi musuh sebenar'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 15
  • 1 min read

Sidang media Nurul Izzah selepas Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan KEADILAN Selangor
Sidang media Nurul Izzah selepas Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan KEADILAN Selangor

Oleh: Akmal Manaf


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) peringkat Pusat kini sedang rancak berlangsung perlu dilaksanakan secara tertib dan berkempen dengan berdisiplin.


Meskipun masing-masing giat melontarkan pelbagai tekad namun calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar terus mengingatkan anggota agar menjunjung tinggi etika dan semangat kekeluargaan parti dalam memilih barisan kepimpinan baharu.


''Bagi saya tumpukan kepada pertempuran lawan yang sebenar (pembangkang).


''Maksudnya kita (KEADILAN) kekalkan semangat yang harmoni dalam menganjurkan dasar dan strategi kita,'' katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan KEADILAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, malam tadi.


Nurul Izzah merupakan Naib Presiden KEADILAN pada sesi 2022-2025 dan bakal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 23 Mei ini bagi sesi 2025-2028.


Dalam sidang media sama, Nurul Izzah turut menyentuh mengenai isu pekerjaan golongan anak muda pada ketika ini yang perlu dihebahkan dan merupakan sebahagian daripada perjuangan yang beliau bawa.


Katanya, walaupun golongan belia mempunyai kerjaya mereka sendiri, namun kerja tersebut tidak setimpal dengan kebolehan mereka.


''Sebab itu saya ada sebut tentang Rang Undang-Undang Pekerja Gig. Kami masuk politik.. mahu memastikan dasar program itu bermakna,'' ujarnya.


Untuk rekod, dalam kempen Pemilihan KEADILAN 2025 Nurul Izzah membawa isu pekerjaan golongan muda terutama ekonomi gig sebagai isu utama, dan hal itu selain memberi impak kepada golongan muda secara umum juga mengesankan anak muda dalam KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page