top of page

Seramai 101 anggota Penggerak Komuniti adalah bekas ahli KEADILAN


Pembangkang membawa satu usul yang mencadangkan supaya peruntukan RM8.6 juta untuk Penggerak Komuniti Negara (PeKT) ditolak dalam Belanjawan 2021.


Usul itu dicadangkan oleh Ahli Parlimen Tanjung Malim, Lembah Pantai, Pasir Gudang dan Tuaran.


Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang berkata Belanjawan 2021 seharusnya menjadi bajet untuk Covid-19.


"Ia perlu memberi gambaran untuk bantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19 dan beri sokongan padu kepada barisan hadapan. Bajet ini juga harus beri fokus dan penekanan kepada mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 atau kelengkapan menjamin keselamatan anggota barisan hadapan.


"Justeru, perlu potong peruntukan yang tidak mendesak atau tidak ada apa-apa urgency. Peruntukan PeKT bukan sahaja tidak mendesak dan tidak ada urgency, malah peruntukan ini akan dibazirkan," katanya di Dewan Rakyat.


Tambahnya, peranan PeKT juga akan bertindih dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Lima peranan PeKT adalah sampaikan maklumat kepada penduduk setempat, wujudkan komuniti bersatu padu, memantau dan membantu meningkatkan keharmonian komuniti, jalankan kegiatan nasihat bagi memelihara kebersihan dan mendapat respon awal komuniti.


"Mereka semua diberi gaji RM2,000 setiap bulan dan RM10,000 peruntukan setiap tahun, tetapi peranan PeKT bertindih dengan peranan ahli-ahli majlis," katanya.


Lih Kang juga menganggap peruntukan PeKT bermotifkan politik semata-mata.


"Ia bukan sahaja dibazirkan, peruntukan ini juga bermotivasikan politik dan akan dijadikan dana politik untuk memelihara kepentingan politik sesebuah parti atau individu.


"Pada 26 Sept 2020, terdapat satu sesi taklimat dan penyampaian watikah lantikan kepada PeKT yang dirasmikan oleh menteri KPKT sendiri.


"Seramai 157 calon PeKT telah terima watikah pada hari tersebut, kalau teliti senarai tersebut, terdapat 101 orang daripadanya merupakan bekas anggota parti KEADILAN yang merupakan konco-konco kepada menteri yang mengkhianati parti sendiri dalam langkah jahat Sheraton.


"Anggota barisan hadapan bertungkus lumus memerangi Covid-19 dan ada yang tergadai nyawa, tapi menteri KPKT sampai hati belanja RM8.6 juta untuk kepentingan politik sendiri, langsung tidak masuk akal.


"Limau purut buah petai, putar belit tiada akal, maka saya cadang potong keseluruhan peruntukan ini secara keseluruhan," katanya.


Bagaimanapun, usul itu gagal mendapat sokongan menerusi suara undi apabila ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parlimen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page