top of page

'Usaha tanam bawang besar besaran dilandasan tepat'



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berada di landasan yang tepat apabila membuat keputusan untuk melaksana penanaman besar-besaran bawang.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah tersebut sebagai usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada bekalan bawang merah import.


"Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.


"Bersama kita mampu jayakannya!," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.


Sebelum ini, Mohamad ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementerian itu akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.


Ia susulan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan tiga varieti Bawang Merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 pada tahun lalu.


Tambahnya, susulan krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India yang mengakibatkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram, KPKM mensasarkan untuk pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus dengan mewujudkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar.

Sebagai langkah awal, MARDI telah memulakan penanaman Bawang Merah Mardi BAW-1 di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak pada 24 Januari lalu.


MARDI juga diarahkan untuk memberikan tumpuan yang lebih serta memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah Mardi BAW-1 ini.


"Data-data yang diperolehi nanti dapat membantu kementerian merangka plan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran," tambah Mohamad.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page