top of page

Upah siswazah di bawah paras kemiskinan: Kerajaan perlu ubah pentadbiran tarik pelabur



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa untuk melihat kesukaran hidup yang dialami golongan siswazah yang dilapor mendapat upah yang cukup rendah.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan secukupnya kepada puluhan ribu siswazah lepasan Institusi Pengajian Tinggi setiap tahun.


"Saya terkesan dengan kajian dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menunjukkan pendapatan siswazah di antara RM1001 - RM1500 dan kekal selama 10 tahun.


"Laporan ini menunjukkan 70% siswazah kita memperolehi upah di bawah garis kemiskinan. Ini tentunya amat membimbangkan.


"Turut memprihatinkan adalah kerana aliran upah rendah ini berlangsung selama lebih 10 tahun. Kerajaan tidak boleh menyalahkan pandemik Covid 19 membantut atau mengekang peluang kepada siswazah.


"Kaji selidik ini juga membuktikan tanpa ragu ekonomi Malaysia tidak mampu berkembang atau dijana. Tidak boleh membuka ruang dan peluang kepada anak muda dengan keadaan sekarang, tanpa beberapa perubahan struktural dalam negara kita," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu menuntut kerajaan melakukan perubahan melalui 3 kaedah bagi memperbaiki struktur pentadbiran dalam waktu terdekat yang mampu memperbaiki ekonomi dalam jangka panjang.


"Apa perubahan yang dituntut? Pertama, ketelusan termasuk dalam proses tender yang tidak berlaku sekarang yang membuka ruang kepada jenis rompakan kecil dan besar.


"Kedua, meningkat upaya persaingan di antara syarikat supaya menjamin suatu keadaan yang lebih baik dan memilih yang lebih berupaya.


"Ketiga, GLC dengan pelaksanaan, kecamuk dan masalah berbangkit tanpa pertanggungjawaban, harus melakukan perubahan dan reform," katanya.


Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menekankan mutu pendidikan yang lebih baik kepada golongan muda sama ada di bandar atau desa.


Beliau turut menyarankan agar langkah-langkah reformasi ekonomi dilakukan segera bagi mengelakkan lebih banyak syairkat berteknologi tinggi berpindah keluar negara dan pelabur luar menjauhi Malaysia.


"Peluang (kerja) kepada anak-anak muda hampir malap. Ramai yang mencari jalan berhijrah mengembara keluar dan ini akan memberi kesan kerana tenaga profesional terbaik berpindah ke negara lain yang tambah menjejaskan ekonomi negara kita


"Tetapi yang lebih memualkan bila menteri bicara tentang kedudukan upah yang harus diterima baik oleh siswazah. Menunjukkan mereka itu (menteri) tiada daya kreativiti dan tiada rasa belas ehsan terhadap orang yang terpaksa merangkak untuk mendapatkan peluang kehidupan yang sederhana. Padahal dalam masa sama pembaziran berterusan dalam kerajaan," katanya.


Di samping itu, Anwar juga menggesa agar Parlimen dibuka semula untuk membahaskan mengenai permasalahan semasa dan kelemahan kerajaan.


"Dari sudut yang lebih luas melihat kedudukan dan perkembangan ekonomi di mana lagi kita mungkin dapat berbahas. Tetapi Parlimen telah dimandulkan dan digantung. Oleh yang demikian hal kewangan, tender, upah rendah tidak boleh dibahaskan.


"Sebab itu juga kita dapat kesan betapa pimpinan negara sangat takut dengan Undi 18, biar pun semua mereka (di Parlimen) telah mengundi menyokong tetapi sekarang mereka tarik sokongan kerana tidak upaya berdepan sentimen dan aspirasi golongan muda


"Menafikan hak golongan muda adalah satu pengkhianatan. Pemerintah yang biasa dengan pengkhianatan akan terus melakukannya berulang kali," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page