top of page

Unjuran pertumbuhan ekonomi turun 4.5% lambang ketidakcekapan PN tadbir negara


Penurunan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 6% ke 4.5% oleh Bank Dunia kelmarin melambangkan pengurusan ekonomi yang tidak cekap oleh Kerajaan Perikatan Nasional.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, unjuran tersebut menyalahi unjuran awal oleh Bank Negara Malaysia yang meramalkan pertumbuhan pada 2021 boleh mencecah 7.5%.


"Penurunan unjuran ini mengambarkan indikator yang digunapakai meleset sama sekali


"Kalau unjuran dibuat hampir 8% berlaku penurunan hampir 4% bermakna separuh. Ini memberi petunjuk bahawa indikator yang dibuat oleh Malaysia meleset 100 peratus


"Bagi saya cara membuat unjuran itu sendiri menyebabkan berlaku ketidakyakinan pelabur luar kepada pengurusan ekonomi negara. Sebab itu ekonomi kita makin teruk


"Maknanya pemain industri faham masa pandemik ini (ekonomi parah) tetapi tidaklah sampai membuat unjuran yang tidak realistik dan boleh mengelirukan pemain industri," katanya.


Pada Mac lalu, laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2020 oleh Bank Negara Malaysia meramalkan pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar 6.0% - 7.5% bagi tahun 2021.


Hal itu dikatakan berlaku berikutan permintaan luaran yang kukuh dan peningkatan aktiviti domestik.


Bagaimanapun menurut Azan, unjuran yang dikeluarkan tidak wajar menetapkan jangkaan yang begitu tinggi memandangkan pendemik Covid 19 belum berakhir dan kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara pada tahun 2020.


"Unjuran yang dibuat melampau. Sepatutnya unjuran sekitar 5 peratus dan agak realistik. Jika tidak boleh dicapai, turun 4 % maka boleh dianggap sedikit tersasar, tetapi kalau tersasar sampai hampir 50 % ini bukan unjuran lagi.


"Implikasinya adalah pelabur luar, komuniti perdagangan melihat kita dengan sengaja kemukan unjuran dan fakta yang mengelirukan


"Tidak pernah unjuran dibuat tersasar jauh, seolah olah tidak ada kepakaran membuat jangkaan. Sedangkan ekonomi (perniagaan) kecil sekalipun ada kemampuan membuat anggaran dan jangkaan ekonomi masing masing," katanya lagi.


Dalam laporan Bank Dunia kelmarin, dinyatakan faktor yang membuat unjuran ekonomi Malaysia terpaksa dinilai semula adalah kegagalan membuka ekonomi berikutan pandemik Covid yang berlarutan serta langkah-langkah menangani pandemik yang lemah serta keterbatasan ujian saringan yang menimbulkan ketidakpastian tempoh mengembalikan ekonomi kepada keadaan normal.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page