top of page

UNISEL Bergerak Pada Landasan Kecemerlangan

Updated: Jan 26



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Universiti Selangor (UNISEL) yang diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman selaku Presiden dan Naib Canselor telah memulakan langkah pembaharuan semenjak tahun 2015. Beberapa inisiatif baharu telah diperkenalkan oleh Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman demi memastikan UNISEL terus cemerlang.


Antara inisiatif tersebut termasuklah Program E-Fast Track, Smart Tahfiz, Certificate of Human Resource Practitioner dan Institusi Halal Antarabangsa UNISEL (INSHA). Kehadiran Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman di UNISEL telah berjaya membantu Kerajaan Negeri Selangor merealisasikan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) terutamanya bagi memastikan Selangor menjadi pusat Global Halal Hub.


Mahasiswa semakin berkurangan?


Namun di sebalik usaha bersungguh-sungguh yang sedang berlangsung, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman telah ditohmah dengan beberapa tuduhan yang dibuat oleh sesetengah pihak. Hal itu didakwa turut membabitkan pemimpin Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Selangor (KAUNSEL).


Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap Prof Dr Redzuan Othman adalah membiarkan bilangan siswa UNISEL semakin menguncup saban tahun.


Sememangnya tuduhan ini agak tidak munasabah, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menunjukkan kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menghadapi masalah penurunan jumlah pendaftaran dalam kalangan siswa semenjak tahun 2020.


Keadaan sama turut melanda 420 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bergelut untuk meneruskan operasi berikutan kekurangan siswa pasca pandemik Covid-19. UNISEL masih kekal cemerlang menghadapi kesan pandemik Covid-19, malah kemasukan siswa ke UNISEL pada tahun 2023 mencatat jumlah tertinggi pasca pandemik Covid-19.


200 pensyarah letak jawatan?


Dakwaan seterusnya yang dilemparkan adalah lebih 200 pensyarah telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke institusi lain sejak tahun 2020.


Pihak pentadbiran UNISEL tidak menyangkal fakta bahawa ada pensyarah UNISEL yang berhijrah ke institusi pendidikan lain terutamanya IPTA, namun jumlah mencecah 200 pensyarah adalah satu angka yang tidak munasabah dan tidak disandarkan kepada mana-mana laporan.


Penghijrahan pensyarah IPTS ke IPTA tidak dapat dihalang memandangkan tawaran gaji dan kestabilan yang ditawarkan oleh IPTA, malah pensyarah yang berkhidmat di IPTA berpeluang mendapatkan inisiatif pencen.

Dakwaan berkenaan pihak pentadbiran UNISEL yang mengambil tindakan memecat Presiden KAUNSEL, Mohd Azrin Abd Rahim kerana sering menyuarakan isu-isu berkaitan kebajikan dan hak pensyarah di UNISEL pula merupakan fakta yang tidak tepat.


KAUNSEL yang ditubuhkan pada tahun 2023 telah berhadapan dengan masalah semenjak awal penubuhannya kerana perlembagaan pertubuhan tersebut memerlukan pindaan seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.


Sebelum KAUNSEL ditubuhkan, telah wujud Badan Kebajikan UNISEL (BKU) yang bertindak sebagai platform untuk semua kakitangan UNISEL menyuarakan isu kebajikan mereka. Malah BKU mempunyai hubungan rapat dengan pihak pentadbiran UNISEL dengan melibatkan semua kakitangan UNISEL tanpa mengira latarbelakang pekerjaan.


Penamatan perkhidmatan ikut prosedur


Penubuhan KAUNSEL sebaliknya merumitkan keadaan. Beberapa surat layang terbuka telah tersebar kepada pihak luar dan memburukkan imej UNISEL. Perkara ini ditegur oleh pihak pentadbiran UNISEL dengan mengeluarkan surat amaran kepada pihak terbabit yang didakwa turut melibatkan Presiden KAUNSEL.


Selepas selesai siasatan dalaman, pihak pentadbiran UNISEL telah mendapati bahawa Presiden KAUNSEL bersalah dan beliau ditamatkan perkhidmatan.


Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor dalam hal ini terpanggil untuk membincangkan isu tersebut kerana ia melibatkan sebuah institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri Selangor yang telah berbakti semanjak tahun 1999. Jika isu ini tidak dijernihkan maka ia akan turut mencacatkan imej pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.


Justeru adalah sebaiknya isu ini ditamatkan dengan segera memandangkan pihak pentadbiran UNISEL telah menjalankan siasatan dalaman dan pihak yang bersalah telah dihukum.


Seharusnya pihak yang bersalah menginsafi kesalahan dan memohon maaf. Manakala pihak luar tidak perlu ikut campur dalam isu ini yang akan mencemarkan imej UNISEL secara berlebihan.

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Penolong Setiausaha Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor Darul Ehsan.


*Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

15 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page