top of page

Ulama silih berganti jumpa Anwar, iktiraf dasar keagamaan Malaysia - Dr Maszlee

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
3 hours ago
2 min read
Berpuluh puluh ulama luar dan dalam negara dihimpunkan di Seri Perdana, kediaman rasmi PM dalam Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan. Sesuatu yang belum pernah berlaku sejak Malaysia merdeka.
Berpuluh puluh ulama luar dan dalam negara dihimpunkan di Seri Perdana, kediaman rasmi PM dalam Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan. Sesuatu yang belum pernah berlaku sejak Malaysia merdeka.

Kunjungan ulama dari pelbagai aliran Islam yang tidak putus-putus ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pendekatan beliau yang mengutamakan agama mendapat pengiktirafan, kata Dr Maszlee Malik.


Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, kunjungan berterusan ulama ke Malaysia untuk bertemu Anwar bukan memenuhi agenda politik tetapi memperlihatkan hubungan yang tulen antara Presiden KEADILAN itu dengan golongan ilmuwan Islam.


"Dulu biasa kita dengar (situasi) ini melibatkan Khalifah Harun Ar-Rasyid (yang) dihadiri para ulama dan sebagainya, tapi hari ini (keadaan) itu sudah berada di depan mata (kita).


"Perjumpaan bukan sekadar (agenda) politik, beliau berguru, mendengar sendiri nasihat dan sebagainya. Lebih menarik daripada itu, lihat Festival Turath Islami Selangor. Itu acara tahunan, tak pernah (diadakan) sebelum ini.


"Pemimpin (Anwar) yang sentiasa rapat dengan para ulama dan ulama ini bukan yang lantik diri mereka sendiri menjadi persatuan ulama atau menjadi dewan ulama," katanya dalam satu siaran video.

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

Dalam pada itu, Maszlee turut mengambil contoh Kompleks Seri Perdana di Putrajaya yang baru-baru ini menjadi tuan rumah bagi Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan 2026.


Katanya, muzakarah berkenaan menghimpunkan ulama daripada pelbagai aliran, termasuk Sufi, Syafie, moden dan Salafi, yang hadir dalam satu platform bersama kepimpinan kerajaan.


"Kita dapati semuanya mengiktiraf kerajaan dan PM Anwar. Para ulama merasakan Malaysia mempunyai satu model, iaitu walaupun beragama, ekonomi tidak diketepikan.


"Walaupun beragama, kita tidak fanatik. Walaupun beragama, kita masih boleh mengiktiraf orang daripada agama lain," katanya lagi.


Beliau yang juga ADUN Puteri Wangsa menambah, pendekatan berkenaan turut berjalan seiring dengan penekanan kerajaan terhadap tata kelola, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page