top of page

Tunjuk perasaan di Myanmar berterusan, disokong kumpulan profesional



Tunjuk perasaan besar-besaran di Myanmar menentang pemerintahan junta tentera belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.


Minggu ini masuk 7 hari kebangkitan terus menerus rakyat di jalan raya tanpa menghiraukan perayaan Tahun Baharu Luna yang disambut penganut Buddha.


Berbanding seminggu lalu, tunjuk perasaan yang disertai rakyat biasa di jalan-jalan utama pusat kewangan Yangon, Mandalay dan ibu negara Naypyidaw kini disertai pelbagai golongan.


Tunjuk perasaan pada setiap hari itu juga semakin membesar, mencatat penyertaan ratusan ribu rakyat pada Jumaat dan Sabtu.


Demonstran di ibu negara Myanmar

Polis pencegah rusuhan dan tentera hanya membuat hadangan di pusat pentadbiran Naypyidaw namun di Yangon dan Mandalay sepenuhnya dikuasai rakyat.


Saluran berita Australia, ABC News melaporkan tunjuk perasaan kali ini disokong oleh pelbagai golongan.


"Dari wanita kepada sami Buddha, juga kumpulan minioriti turun melakukan protes menunjukkan sokongan dan kesatuan.


"Penunjuk perasaan mengangkat 3 jari sebagaimana penunjuk perasaan di Thailand tahun lalu menunjukkan penentangan melawan junta (tentera).


Pemain bola sepak kebangsaan Myanmar bersolidariti

"Rakyat telah menikmati demokrasi sejak 5 tahun lalu dan tidak lagi mahu kembali (ke perintahan tentera)," kata ABC News dipetik.


Kelemahan tentera terbayang selepas seminggu apabila sebahagian pasukan polis di wilayah Kayah dilaporkan bergabung dengan demonstran.


Di pusat kewangan Yangoon sebahagian perkhidmatan awam, jurutera, jururawat dan terbaharu pemain bola kebangsaan Myanmar turut bersama-sama turun ke jalan raya menyertai protes.


Demonstrasi juga dilaporkan merebak ke pekan-pekan kecil namun masih berjaya dikawal oleh pihak berkuasa setempat.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page