top of page

Tukar kerajaan: ‘Pembangkang usah mimpi, fokus jadi semak imbang kerajaan’



Oleh: Abdullah Zaid


Propaganda Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kelmarin yang yakin Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat ditumbangkan dalam tempoh terdekat dilihat tidak munasabah dan 'merapu'.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, selain tarikh yang diberikan pembangkang PN berubah ubah sebanyak 5 kali sepanjang 2023 lalu, rakyat juga sudah jelak dengan gimik menukar kerajaan tanpa apa apa jaminan bahawa ekonomi akan menjadi lebih baik.


Sehubungan itu, Dr Taufiq menyarankan agar pembangkang move on dan menumpukan kepada tugas sebenar mereka untuk memberi nilai tambah perbahasan ketika persidangan Parlimen, atau mengkritik kerajaan secara membina.


"Saya lihat PN perlu lebih fokus jadi gabungan pembangkang yang efektik dan berwibawa untuk memberikan idea yang baik kepada kerajaan


"Sebab kalau kita lihat di sidang Parlimen, saya tak nampak apa-apa cadangan yang membina daripada pembangkang," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah itu, ketika pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu, pihak pembangkang tidak pun menyediakan sebarang pembentangan bajet ‘bayangan’ bagi timbal balik bajet yang dibawa oleh Kerajaan Madani.


"Malah ketika pembentangan bajet dua kali yang dilakukan Perdana Menteri (sepanjang 2023), pembangkang tidak ada satu bajet alternatif yang dibawa mereka untuk dijadikan nilai tambah (perbandingan) kepada rakyat.


"Sebaliknya, apa-apa persidangan Parlimen (diadakan), mereka hanya menyentuh isu politik dan tebuk atap sahaja. Ia langsung tidak memberi memberi manfaat kepada negara," ujar Taufiq.


Sebelum ini, dalam hal berkaitan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga telah mengingatkan Menteri Besar Kedah untuk menumpukan usaha memajukan negara, dan bukannya sibuk menggulingkan kerajaan.


Loke menyifatkan komplot itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengugat kestabilan ekonomi negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page