top of page

Tuduh PH Rasuah: PN Perlu Cermin Diri Sendiri

Updated: Apr 26



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) belum lagi bermula namun terdapat parti politik yang sudah mula bermain persepsi bagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.


Tindakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengumumkan memperuntukkan sebanyak RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di kawasan tersebut mendapat kritikan beberapa pihak daripada Perikatan Nasional (PN) seperti pemimpin Bersatu Selangor, Mohamed Azmin Ali. Tidak ketinggalan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri yang mempersoalkan peruntukan tersebut dan mengaggap ianya sebagai politik wang yang kotor.


Perkara ini telah disangkal oleh beberapa pemimpin DAP Selangor seperti Datuk Ng Suee Lim yang menyatakan peruntukan tersebut tidak boleh dianggap sebagai ‘gula-gula’ kerana dilakukan di luar tempoh PRK yang dijangka bermula pada 27 April 2024.


Tambahan pula peruntukan tersebut bukan diberikan secara berfokus kepada DUN KKB, peruntukan itu diberikan kepada seluruh penduduk Daerah Hulu Selangor melalui MPHS. Terdapat 3 DUN di bawah MPHS yang turut menikmati hasil peruntukan tersebut (Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali).


Niat bangun Kg Baharu Cina sudah lama


Pengumuman yang dilakukan ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar kerana Nga Kor Ming telah menyatakan hasrat untuk membantu membangunkan kampung baharu Cina di Selangor semenjak awal Februari 2024 lagi.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Walaupun cadangan awal beliau untuk mencalonkan kampung Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan UNESCO mendapat kritikan pelbagai pihak, namun ia tidak menjejaskan niat beliau yang ingin membangunkan kampung berkenaan. Justeru pengumuman peruntukan tersebut bukanlah dilakukan dengan niat untuk menghadapi PRK KKB, niat tersebut telah wujud lebih awal sebelum PRK KKB diumumkan.


Seharusnya dalam keghairahan pemimpin PN mewujudkan persepsi yang tidak munasabah kepada DAP, mereka harus cuba membersihkan diri daripada imej rasuah yang telah dibuktikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) melibatkan beberapa kawasan parlimen yang mereka menangi.


Mahkamah buktikan calon PN rasuah pengundi


Kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi apabila mendapati wujudnya unsur rasuah ketika kempen melalui sogokan kepada pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan Kerajaan Negeri. Pas juga didapati terlibat dengan rasuah di Parlimen Kemaman apabila kemenangan Che Alias Hamid pada PRU15 turut dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu.


Hakikatnya, calon-calon PN dalam PRU15 didapati memberi rasuah semasa tempoh berkempen, malah ia telah dibuktikan di mahkamah.


Oleh itu adalah kurang sesuai bagi parti politik yang terbukti terbabit dengan rasuah cuba untuk menuduh parti politik lain terlibat dengan rasuah tanpa bukti yang sahih. Semoga pengundi PRK KKB dapat menilai mana kaca dan permata.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page