top of page

Timbalan Menteri nikah di Thailand waktu rakyat derita hadapi PKP? - Zinda Khalil


Seorang Timbalan Menteri Kerajaan Perikatan Nasional didakwa bernikah seorang lagi menggunakan jurunikah di Selatan Thailand ketika rakyat Malaysia berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Timbalan Menteri yang berasal dari Kelantan itu didakwa melakukan prosedur pernikahan yang agak aneh kerana beliau didakwa berada di Malaysia sedangkan jurunikah di luar negara.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan (gambar, atas), pernikahan seperti itu bukan sahaja dipertikaikan tetapi menyebabkan rakyat kurang senang, ketika mereka menghadapi suasana PKP yang perit menteri boleh pula menambah isteri.


"Rakyat Kelantan semakin tertekan, MP dan juga merupakan Timbalan Menteri sibuk dengan nikah kawin.


"Rakyat di bawah hidup melarat. Tiada kerja, tiada sumber pendapatan atau peluang pekerjaan.


"Inilah gelagat MP Pas. Utamakan kepentingan peribadi daripada keutamaan rakyat," katanya dipetik.


Dua saksi nikah kepada Timb. Menteri - Gambar MD

Selain itu, Zinda juga mahu pihak berkuasa agama di Malaysia mengeluarkan kenyataan sama ada nikah menggunakan jurunikah dari Selatan Thailand dibenarkan pada waktu lockdown.


"Adakah sah cara perkhawinan macam tu? Yang dibenarkan Jakim (nikah) online (hanya) di Malaysia. Tetapi ni Malaysia dan Thai," katanya lagi.


Semalam tular di media sosial video dan salinan surat nikah seorang Timbalan Menteri yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.


Pernikahan tersebut berlangsung pada 1 Jun lalu, pada waktu Kerajaan PN mengenakan PKP atau lockdown seluruh negara termasuk di Kelantan.


Pernikahan itu menurut dokumen dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page