top of page

TikTok pembangkang view tinggi kerana guna wang - Fahmi



Penyokong Kerajaan Perpaduan diingatkan untuk tidak lemah semangat melihat tontonan atau view pada TikTok tokoh tokoh pembangkang yang amat tinggi.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan tontonan yang tinggi tersebut kerana pembangkang menggunakan taktik membeli view.


"Saya beritahu, bila kita tengok dalam TikTok Papagomo atau Sanusi, kalau ada view berpuluh ribu, view itu sapa sapa yang belanja duit boleh dapat.


"Mereka menipu dengan view mereka. Jangan risau, jangan takut kepada calon. Bila anda buat TikTok live biar berapa ramai pun, sekurang kurangnya kita tidak menipu view, biar (tak) berapa ramai pun," katanya dalam Ceramah Mega Perdana di Bukit Antarabangsa, Selangor, malam tadi.


Tegas Fahmi, dengan membeli view maka naratif yang pembangkang bawa itu seolah olah disokong oleh jutaan rakyat Malaysia, lantas mempengaruhi pengundi untuk memilih PN, memilih perjuangan perkauman serta agama sempit yang dibawa.


"Kali ini kita berhadapan dengan satu keadaan yang kita perlu pilih, sama ada keadilan atau fitnah. Sama ada kebenaran atau perpecahan.


"Kita nak sebuah negara yang baik, bersatu padu, kita tak nak mereka yang mengadu domba. Berkata orang Melayu mesti bangun untuk undi (PN) sekiranya rasa kuasa politik terancam. Atau mengadu domba kata kalau tak pilih dia, masuk neraka," katanya sinis.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan ahli politik yang masih berdegil menggunakan unsur 3R (raja, agama, kaum) agar selepas ini tidak menyalahkan kerajaan sekiranya didakwa di mahkamah.


Kepada pengundi di DUN Bukit Antarabangsa pula, beliau berpesan supaya menggunakan waktu kempen yang masih bersisa untuk menjemput rakan dan jiran agar mengundi pakatan yang betul dalam Pilihan Raya Negeri kali ini bagi memastikan negara terus stabil.


"Saya minya bantuan, gunakan peluang yang ada jemput kawan kawan kita keluar mengundi. Ada yang masih tak tahu 12 Ogos ini, tak tahu keperluan undi kali ini, kami dah undi November lalu.


"Jangan sia siakan peluang ini. Kita semua mesti bantu berkempen. Sampaikan kepada jiran tetangga kita. Kita perlu buat pilihan yang sangat penting.


"Kalau ada November lalu mereka 'terpilih' parti yang salah, jemput mereka kembali dalam saf yang betul supaya kita dapat kestabilan," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page