top of page

Tidak mungkin wujud kerajaan campuran, tangan PN 'kotor'



Menuju sesi pengundian Belanjawan 2021 pelbagai spekulasi dan cadangan diutarakan. Termasuk mewujudkan satu kerajaan campuran dan belanjawan boleh diluluskan secara bersama, biar pun kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelihatan berdegil untuk tidak menerima cadangan pindaan yang dibawa oleh pembangkang.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim formula 'unity goverment' adalah pendekatan politik yang paling tidak sesuai dilaksanakan lebih-lebih lagi kerana kerajaan PN didirikan melalui pengkhianatan, bukannya kekurangan majoriti selepas Pilihan Raya Umum.


"Kerajaan campuran boleh difikir kalau kita menghadapi musuh dari luar. Musuh yang gunakan kekerasan, bersenjata dan sebagainya.


"Dalam keadaan sekarang memang kita ada musuh tetapi dalam bentuk virus. Saya rasa kerajaan campuran tidak perlu.


"Kita hanya boleh mengadakan kerajaan campuran kalau dua pihak ini, tidak dipersoalkan legitimasi. Tetapi di pihak PN ini tangan mereka hitam, kotor. Termasuk Perdana Menteri (PM) sekali pun terlibat bersama-sama ahli kabinet yang lain meruntuhkan kerajaan (PH) yang dipilih rakyat.


"Sekarang mereka sukar bergerak dan mereka minta PH untuk tolong. Sedangkan mereka telah merosakkan satu kerajaan reformasi. Jadi PN ini kerajaan apa?


"Dia tak ada manifesto, tidak ada reformasi. Dia mahu balik (buat semula) benda-benda yang buruk (era BN) dahulu, mahu jalankan semula," katanya.


Menurut Hassan lagi, sekiranya kerajaan PN benar-benar telah hilang pedoman atau tidak mampu meneruskan pentadbiran terdapat hanya satu formula yang boleh diterima oleh rakyat, iaitu mengembalikan pemerintahan kepada PH.


Hanya dengan cara itu, katanya, reformasi boleh diteruskan dan negara akan kembali bergerak di landasan sebenar.


"Jadi saya rasa mereka bukan perlu dibantu mewujudkan kerajaan perpaduan. Sebab tangan mereka tercemar. Mereka ada kesalahan yang dilakukan dari segi politik.


"Tugas mereka hanyalah serak balik, beri kerajaan kepada PH. Kita ada Ketua Pembangkang (untuk diangkat sebagai PM), kita masih ada manifesto, prinsipnya, kompasnya, hala tuju ke arah mana. Beri PH peluang untuk susun semula kerajaan," kata Hassan lagi.


Pengundian Belanjawan 2021 dijadualkan pada 26 November ini. Sekiranya PM Muhyiddin gagal meluluskan belanjawan tersebut maka secara konvensinya beliau perlu meletak jawatan dan satu kerajaan baharu boleh dibentuk untuk meluluskan belanjawan yang diperbaharui.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page