top of page

Tidak faham cara Pas kira majoriti, Fahmi tunjuk pecahan pengundi



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menempelak Pas yang disifatkan tidak memahami demografi kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan yang didakwa kesemua majoriti kaum bukan Melayu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menolak dakwaan Pas bahawa kawasan yang diwakilinya itu bermajoriti bukan Melayu.


Sedangkan melalui infografik yang dikongsi, Fahmi menunjukkan seramai 101, 878 pengundi di kawasannya melibatkan 59.13 peratus Melayu, Cina (19.11%), India (17.16%) dan 4.61 % lain-lain.


"Saya tak faham macam mana Pas kira majoriti. Macam mana 40% lebih banyak daripada 60% pulak ni?


"Patutlah dulu PH ada 82 kerusi, dia yang 74 kerusi mengaku ada majoriti 'chukop jumloh'," katanya dalam hantaran di aplikasi X.


Fahmi turut berkongsi pecahan pengundi kawasan Bandar Tun Razak yang kini diwakili Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Melayu (62.10 %), Cina (26.85%), India (8.73%) dan lain-lain (2.31%).


Dua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermajoriti melayu

Terdahulu Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya dipetik sebagai berkata apa yang dibimbangkan jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan akan berlaku monopoli kaum khususnya kaum Cina dalam menguasai kerusi PBT di Kuala Lumpur.


Dakwa beliau sebagai bukti Parlimen Kepong, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang, Segambut dikuasai DAP manakala Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak adalah kawasan campuran yang majoritinya dikuasai kaum selain Melayu.


Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dari DAP yang mencadangkan pilihanraya kerajaan tempatan boleh dimulakan di Kuala Lumpur.


Semalam AMK Wilayah Persekutuan dan KEADILAN Cabang Wangsa Maju membuat laporan polis terhadap kenyataan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan itu sebagai ucapan yang boleh mencetuskan perkauman.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page