top of page

Tiada peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, bukti ugutan pemerintah - Shamsul Iskandar



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan tidak bertanggungjawabnya telah mempropagandakan kepada rakyat bahawa tiada ugutan dilakukan terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berkhianat baru-baru ini.


Bagaimanapun, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membawakan testimoni mudah ciri-ciri awal ugutan yang dilakukan oleh pemerintah sehingga berlaku insiden melompat parti.


Katanya, mulai 1 Januari 2021 Ahli Parlimen pembangkang dinafikan sebarang peruntukan kawasan. Hal itu menurut Shamsul adalah satu bentuk ugutan yang nyata kerana sebagai ahli politik yang menjadi tempat bergantung rakyat, mereka sangat tertekan mencari dana bagi membantu pengundi di kawasan masing-masing.


"Dalam hal ini kita nyatakan dengan jujur ada rekayasa politik untuk mengugut dan memberikan umpan. Contoh yang paling mudah, peruntukan RM100,000 (bagi setiap kawasan Parlimen).


"Oklah kerajaan Pakatan Harapan silap kerana tak buat dasar sama (beri peruntukan sama banyak kepada pembangkang). Tetapi sekarang kerajaan baru perlu buat dasar baru yang boleh menarik sokongan kepada Muhyiddin (secara semulajadi).


"(Biarkan) mereka (Ahli Parlimen) dapat RM100,000 termasuk presiden Umno, itu apa (henti peruntukan) kalau bukan ugutan?


"Sepatutnya semua Ahli Parlimen yang dipilih tidak ada isu mengenai peruntukan," katanya dalam forum anjuran stesen penyiar Astro, "Dialog Konsensus Nasional", malam tadi.


Mengenai soalan sama ada wujud atau tidak rundingan di antara KEADILAN dan Umno, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu meminta media berhati-hati menggunakan istilah rundingan kerana rakyat menganggap telah berlaku sesuatu yang serius dan akan disudahi dengan ketetapan kerjasama.


Sedangkan, kata Shamsul, perbincangan yang dibuat masih di peringkat awal dan tidak menatijahkan sebarang keputusan.


"Ini istilah bahasa. Kadang kala rundingan itu dianggap sesuatu yang serius. Tetapi kalau kita bincang ada dialog, diskusi (lebih ringan) jadi istilah itu harus cermat kita guna.


"Jadi dalam konteks ini Datuk Seri Anwar sebut beberapa kali kepada wartawan, apa salahnya kita berbincang dengan tema-tema yang jelas. Misalnya tatakelola, bidang kehakiman, ekonomi dan hal-hal berkaitan masa hadapan Malaysia. Dalam keadaan sekarang kita perlukan kerajaan yang kuat dan stabil.


"Dalam kerangka ini kita meneroka keadaan yang ada, berbincang dengan beberapa pimpinan Umno.


"Kalau kita bincang dari segi pilihan yang ada, tidak salah. Kalau kita buat beberapa siri perbincangan, KEADILAN itu boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir yang kita lawan selama 20 tahun.


"Dalam hal ini kita terbuka demi memastikan Malaysia itu maju," katanya lagi.


Selain itu, Shamsul juga mencabar agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut jejak PM ke 6, Najib Razak yang menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan secara demokratik, biar pun beliau mempunyai kuasa untuk isytihar darurat, mencetuskan ketidaktentuan politik dan sebagainya.


"Najib dibenci (sebelum PRU 14) tetapi bila kalah PRU semua itu berakhir.


"Dia tunjuk kepimpinan (demokratik), BN kalah maka serah kuasa secara baik. Sekarang kita mahu Muhyiddin hentikan semua ketidaktentuan ini. Bawa ke Parlimen buat Undi Percaya dan kemudian (barulah) memerintah negara," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page