top of page

Terima kasih PM, semoga penduduk Kg Sg Baru terbela - Khalid Samad



Mantan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad berharap Kerajaan Perpaduan dapat mengusahakan penyelesaiaan adil dalam isu pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur.


Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata, pemilik tanah terutama di Kampung Sungai Baru yang terkesan dengan projek pembangunan dan pengambilalihan tanah perlu dibela hak serta kepentingan mereka.


"Pemilik (tanah, kediaman) tidak menentang pembangunan. Sebaliknya mereka ingin dilayani secara adil, sebagai pemilik sah dan bukan sebagai setinggan," jelasnya dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu menyusul keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat yang menangguhkan arahan pengusiran penduduk oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) bertarikh 19 Disember lalu.


"Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu pembangunan Kampung Sungai Baru.


"Semoga kerajaan Perpaduan yang dipimpin PH dapat mengasaskan satu budaya politik baharu di mana kerajaan membela rakyat secara adil dan prihatin serta tidak lagi membuli rakyat demi keuntungan golongan kaya," katanya menyambut baik keputusan itu.


Melalui kenyataan sama, Khalid melahirkan rasa kecewa atas kegagalan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim dan kerajaan terdahulu yang pernah berjanji menyelesaikan isu dihadapi penduduk.


Menurut Khalid, Shahidan pernah membuat janji dalam kamar khas Parlimen untuk menyelesaikan isu dihadapi penduduk itu melalui "pakej Harmoni" dengan pendekatan 'menang-menang'.


"Namun amat mengecewakan pemilik terus dibuli oleh kerajaan PN - BN dan Akta Pengambilan Tanah 1960 digunakan untuk merampas tanah mereka dengan dijanjikan pampasan yang terlalu rendah.


"Oleh kerana pemilik adalah Melayu, maka dianggap mereka boleh diperlakukan sesuka-hati oleh kerajaan Melayu Islam.


"Amat jelas kerajaan Melayu Islam PN-BN pada ketika itu hanya bercakap tentang Islam dan Melayu tetapi menindas rakyat Melayu," tegas Khalid.


Pada 26 Disember lalu, pendudukan merayu untuk campur tangan Perdana Menteri supaya menangguhkan arahan pengusiran dilakukan. Penduduk mendakwa arahan itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Tempoh singkat yang diberikan juga turut menyebabkan penduduk sukar menyewa atau membeli kediaman lain, apa lagi ada di kalangan penduduk belum menerima pampasan yang dijanjikan.

Kebanyakan penduduk tidak berpuas hati kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh PTGWPK yang dakwa mereka jauh lebih rendah berbanding nilai semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page