top of page

Tawaran PM naikkan elaun hina Ketua Pembangkang - Anwar


Sogokan yang cuba dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin dalam kenyataan di media arus perdana kelmarin disifatkan sebagai penghinaan kepada Ketua Pembangkang.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tawaran menaik taraf kedudukan beliau setaraf menteri kanan amat mengaibkan, seolah-olah PM boleh membeli maruah Ahli Parlimen.


"Aksi pembangkang yang berjumlah 105, termasuk kenyataan presiden Umno jelas dengan spontan menolak pelawaan itu sebab negara dalam keadaan kemelut menghadapi malapetaka Covid 19, sepatutnya menumpukan perhatian bagi menangani masalah ini.


"Isu utama kita menolak kerana kita menggunakan peruntukan Perlembagaan 43 (4), jika PM hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, melainkan atas permintaan PM kepada Agong untuk bubar Parlimen - itu sahaja (membolehkan bertindak sebagai kerajaan sementara) - maka PM hendaklah letak jawatan atau pergi kepada Agong minta usul pilihan raya, dan di situ Agong harus perkenan atau menolak


"Pandangan umum kerana korban begitu banyak, (Agong) akan menolak. Tetapi sekarang ini yang mengaku hilang majoriti ialah PM sendiri. Bagaimana (dia) kata saya hilang majoriti, itu bukan PM lagi.... Bagaimana dia usul kerjasama? Ada bi-partisan, nak harap dapat majoriti 2/3 kalau boleh. Saya tak fikir ini hal munasabah dipertimbangkan," katanya dalam siaran media melalui Facebook, malam tadi.


Justeru, Anwar mengecam percubaan Mahiaddin membeli sokongan dengan menawarkan Ketua Pembangkang pelbagai kemudahan ketika nyawa politik PM 'di hujung tanduk'.


"Antara pelawaan besar - dah nak tenggelam barulah beri tawaran kerana Ahli Parlimen penting - untuk dapatkan (lebih) peruntukan. Tetapi nyawa orang lagi penting, kehidupan yang tak ada pekerjaan, sudah hampir menggemis minta pertolongan. Itu wajar kita pertimbangkan.


"Bukan soal survival Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang yang tak pernah saya sebut atau minta. Tak terfikir dalam keadaan pandemik dan ekonomi meleset begini nak dapat RM40,000 - RM50,000 gaji tambahan dengan pegawai sebagai menteri kanan. Saya fikir ini sangat mengaibkan, bagi saya satu penghinaan.


"Orang nak dapat tambahan RM50 - RM100 sebulan nafkah untuk anak-anak isteri pun susah. Kamu pelawa Ketua Pembangkang untuk tambahan RM50,000 sebulan ... salah pilih," katanya.


Bagaimanapun Anwar gembira kerana kemelut poltik kali ini membuat rakyat semakin bijak mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan tidak terlalu menyerahkan pentafsiran kepada pakar-pakar yang mungkin dibeli untuk mentafsir ikut kehendak tuan politik mereka.


Tambahnya, imej pentadbiran Mahiaddin sudah amat buruk di mata rakyat terutama dalam isu memperoleh perkenan Agong memansuhkan Ordinan Darurat dan Perkara 43 (4) mengenai status keabsahan PM semasa.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengungkapkan pandangan beliau mengenai sikap biadap Timbalan Speaker yang tegas berkata Agong tidak boleh campurtangan urusan keabsahan PM.


"Menteri dan Timbalan Speaker yang membuat kenyataan itu bagi saya biadap dan melanggar tatasusila serta undang-undang. Mengatakan Agong tidak perlu memanggil Speaker, ini urusan PM. Padahal orang itu juga pernah diundang ke istana dan dengar sendiri pandangan Tuanku tentang perbahasan Parlimen.


"Bagi saya ini soal yang penting kerana apakah kita boleh menjaga sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang bertunjangkan prinsip Perlembagaan yang jelas sekiranya asas ini dipertikai dan diporak perandakan oleh pemimpin semata-mata mahu bergayut mempertahan kuasa," katanya.


Mengenai kebimbangan sesetengah pihak kononnya politik Malaysia akan berlegar soal siapa berkuasa mereka akan memanipulasi perjalanan hukum, Anwar tegas menolak pendapat sedemikian


Beliau sebaliknya mengunjurkan politik baharu yang menegakkan rule of law dan tidak sama sekali berasaskan dendam kesumat


"Ada orang bimbang politik ada dendam kesumat. Orang ini perintah kamu jaga, kena tekan. Kamu penjarakan aku, aku penjarkan kamu.

"Dendam kesumat perlu dihentikan. Pentadbiran baru harus sedia babak baru politik yang lebih waras dan politik tidak menggalakkan dasar atau tindakan berdasarkan dendam


"Keduanya, politik jangan terlalu diheret kepentingan peribadi. Sebaik siapa berkuasa maka nafsu serakah mengumpul kekayaan keluarga, anak, menantu diutamakan. Kegelojohan untuk memunggah kekayaan secara haram dan kepentingan peribadi melalui kontrak tidak munasabah dan perlu dihentikan.


"Jangan politik dinilai berapa upah dan jumlah sogokan untuk sokongan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page