top of page

Tarikh Kongres Nasional KEADILAN ditetapkan dalam mesyuarat MPP esok

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Datuk Fahmi memaklumkan mesyuarat MPP di Johor tetapkan tarikh Kongres KEADILAN di Melaka
Datuk Fahmi memaklumkan mesyuarat MPP di Johor tetapkan tarikh Kongres KEADILAN di Melaka

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN akan mengadakan mesyuarat bulanan di Johor esok, dengan antara agenda utama yang akan dibincangkan ialah penetapan tarikh Kongres Nasional Tahunan parti berkenaan.


Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, setakat ini tarikh kongres berkenaan masih belum dimuktamadkan.


"Pada waktu ini tarikh itu masih belum diputuskan, tetapi insyaAllah esok ia akan dibincangkan dan diputuskan," katanya kepada pemberita.


Terdahulu, Kongres Nasional KEADILAN dijadual diadakan selamat empat hari di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini.


Bagaimanapun, tarikh kongres berkenaan memerlukan pertimbangan semula susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus menuntut penyelarasan semula perancangan dan jadual program parti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page