top of page

Tanya Pagoh, Marang kenapa tidak masuk Kerajaan Perpaduan - Rafizi



Perbahasan di pihak pembangkang pada sesi petang Dewan Rakyat membahas usul Undi Percaya diwarnai saling tuduh menuduh antara kedua belah pihak.


Isu yang paling banyak ditimbulkan ialah tidak wajarnya Kerajaan Persekutuan yang wujud dinamakan Kerajaan Perpaduan kerana daripada segi istilahnya perpaduan melibatkan semua parti, jika sebahagian parti diistilahkan kerajaan campuran.


Hal itu ditempelak Rafizi Ramli (PH - Pandan) yang menolak pertikaian seputar istilah dan bukannya mengenai isu rakyat yang lebih mendesak.


"Dari awal saya tengok perbahasan di sebelah sana soal yang ditimbulkan berkaitan istilah, bukan soal ekonomi, soal rakyat, bukan soal kepayahan dan cabaran


"Soal istilah tidak bersetuju apabila kerajaan ini dipanggil Kerajaan Perpaduan. Untuk makluman anggota di sebelah sana, soal istilah ini patut dirujuk kepada Pagoh dan Marang kerana mereka yang dipanggil pertama kali dan ditawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan


"Tetapi lain kali saya ingatkan tindakan yang dibuat sebelah sana yang melantik Larut sebagai Ketua Pembangkang, selepas ini ada perunding yang lebih baik, kalau kena cara baru boleh duduk di sini (sebelah kerajaan). Buat masa sekarang jangan marah soal istilah, kerana kegagalan Pagoh dan Marang yang menolak menyertai Kerajaan Perpaduan ini," katanya.


Rafizi sebaliknya memuji rakyat yang tidak memenangkan mana mana koalisi untuk memerintah, sebaliknya memaksa mereka membentuk kerajaan bersatu hati bagi mentadbir negara


Katanya, untuk membalas jasa rakyat itu maka diwujudkanlah kerajaan yang buta politik tetapi peka membangunkan ekonomi dan kebajikan.


"Untuk membalas kebijakan rakyat yang memilih untuk tidak membenarkan mana mana parti membentuk kerajaan bersendirian dan itu ada hikmahnya, kerana kita berhadapan dengan kekangan kewangan dan suasana ekonomi dunia yang tidak stabil. Kos menjana elektrik misalnya naik sebanyak 3 kali ganda dalam 12 bulan lepas.


"Begitu juga kos petrol. Sebab itu segala pendekatan pentadbiran yang sebelum ini digunakan mungkin tidak lagi berkesan dalam kita hadapi cabaran terbaru ini," kata Rafizi lagi.


Beliau menegaskan, dengan kerajaan yang bersatu padu kini maka tumpuan boleh diberikan sepenuhnya untuk menangani ekonomi sekiranya dunia menghadapi kemelesetan pada tahun hadapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page