top of page

'Tak terlintas orang di negara kita satu ketika tiada makanan' - Afdlin Shauki


Pengarah dan penerbit filem terkenal Datuk Afdlin Shauki Aksan terharu melihat penderitaan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 sehingga ke tahap tiada makanan untuk dimakan.


Katanya, beliau yang sebelum ini aktif bersama NGO mengendalikan misi bantuan kemanusiaan ke beberapa negara yang berperang sering melihat tragedi kebuluran. Namun, menurutnya, tidak terlintas di fikiran suatu ketika di Malaysia yang makmur, beliau perlu melihat pengalaman serupa.


"Saya pernah masuk ke zon perang di Gaza (Palestin) dan Syiria. Di sana masa kita beri bantuan kita beri makanan pada kanak-kanak. Habis makan tinggal kotak. Ada seorang datang minta kotak. Kita tanya untuk buat apa?


"Kotak itu, diambil untuk direbus bila makanan tidak ada. Rebus kotak dan anak-anak makan kotak. Ketika itu saya rasa bersyukur di Malaysia ada serba serbi.


"Namun tak terlintas sampai satu ketika orang di negara kita juga tak ada makanan. Saya tidak terlintas. Inilah apa yang berlaku (sekarang)," katanya dalam forum maya anjuran Studio Keadilan bertajuk: "#bendera putih: Malaysia Kian Parah?", malam tadi.


Menurut Afdlin, tidak ada masalah dengan kempen menaikkan bendera putih apabila terputus bekalan makanan sebagaimana dipertikaikan oleh kerajaan Perikatan Nasional kononnya perbuatan tersebut berunsur politik bagi memprotes kelemahan pemerintah.


Bagi Afdlin, menaikan bendera itu lebih mudah berbanding meminta-minta dan orang Malaysia, katanya, terkenal dengan sikap tidak meminta pertolongan kecuali dalam keadaan yang terlalu darurat.


"Sesetengah orang anggap mengaibkan. Bila saya keluar bersama NGO, orang nak cakap minta tolong susah. Pada saya kurang aib jika naik bendera. Kita tidak perlu nak menghakimi lagi, nampak bendera tu maka bantu.


"Saya sudah merata pergi, saya tengok orang susah semua sama. Dan kita jaga mereka punya aib. Semua orang ada perasaan yang kita mesti jaga. Santuni orang susah ada cara, santuni gelandangan ada cara.


"Lihat hari ini berapa ramai orang keluar membantu di kawasan yang akan dilaksana PKPD esok. Saya ada, dalam instagram keluarga minta bantuan. Kena buang kerja dan sebagainya.


"Jangan buat kenyataan bodoh (pertikai naikkan bendera putih) dan anggap benda ini tidak penting," katanya.


Mengenai ekonomi pula, Afdlin mengkritik kerajaan PN kerana mengambil pendekatan yang salah membiarkan golongan menengah tepukul teruk dijerut kemelesetan ekonomi tanpa ditangani.


Katanya, sekiranya golongan itu telah hilang mata pencarian maka kuasa beli negara akan merosot dengan teruk, dan perniagaan akan mengambil masa panjang untuk pulih biarpun pandemik berakhir.


"Banyak negara lain ada golongan kaya - miskin, di tengah tak ada. Di Malaysia golongan menengah besar jumlahnya. Yang menjana ekonomi dan membeli adalah dari middle class income ini. Golongan inilah yang banyak terkesan sekarang


"Apabila ini berlaku, parahnya selepas ini. Lepas selesai pandemik nak membangun kembali golongan ini susah, kuasa beli tak ada. Sebab pada ketika ini kita tidak menjaga mereka


"Cara penjagaan pada saya ialah suntikan vaksin. Kalau vaksin dilakukan dengan segera, tak kira warganegara, berkerja di Malaysia, yang ada permit, tak ada permit divaksin maka ekonomi kita akan kembali pulih dengan cepat," katanya.


Selain itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah radikal dengan mengarahkan bank memulakan polisi 'pelepasan hutang' atau debt forgiveness sepanjang tempoh Covid 19 atau Perintah Kawalan Pergerakan


"Contoh moratorium, orang kata akan menambahkan tahun kita meminjam. Mungkin tiba masanya membantu golongan menengah ini dengan 'melepaskan hutang'. Dept forgiveness berlaku apabila keadaan yang sangat teruk maka kita lepaskan hutang mereka.


"Ini adalah masa yang belum pernah kita lalui jadi kenapa kita tidak buat. Jumpa bank dan kata rakyat tengah susah mengapa tidak buat perlepasan hutang. Beri setahun misalnya dan lepas itu sambung semula (bayar hutang)," katanya lagi.


Menurut beliau, mungkin cara itu akan mengurangkan stres dalam kalangan rakyat dan mengurangkan tragedi bunuh diri, mendera keluarga dan sebagainya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page