top of page

Syiar Islam: Selangor salur RM2.47 juta naik taraf 20 masjid, surau

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 11, 2025
1 min read

MB Amirudin dalamm majlis majlis penyerahan sumbangan masjid dan surau di Bangunan SUK
MB Amirudin dalamm majlis majlis penyerahan sumbangan masjid dan surau di Bangunan SUK

Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen terhadap keselesaan jemaah serta kelestarian fungsi masjid dan surau di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah RM2.47 juta disalurkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Dana bagi pembangunan dan penyelenggaraan institusi umat Islam itu.


"Dana ini akan disalurkan untuk membiayai pelbagai keperluan mendesak, termasuk kerja pembaikan struktur bangunan, penaiktarafan kemudahan sedia ada, seperti sistem siar raya, pendingin hawa dan tempat wuduk.


"Inisiatif itu juga menumpukan usaha melengkapkan pembinaan masjid baharu, termasuk Masjid Alam Sari yang dibiayai majoritinya oleh penduduk, serta Masjid Limau Manis, projek JKR ICU yang terbengkalai akibat kekurangan dana," katanya dipetik.


Terdahulu, Amirudin hadir ke majlis penyerahan sumbangan masjid dan surau di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.


Sementara itu menurutnya, peruntukan yang disalurkan juga bagi tujuan kerja senggaraan rutin yang kritikal untuk memastikan persekitaran masjid dan surau bersih dan berada dalam keadaan selamat.


"Selebihnya melibatkan surau dan masjid yang memerlukan baik pulih tertentu seperti penambahbaikan sistem pendingin hawa," tambah Naib Presiden KEADILAN itu.

1 Comment


QuentinThornton
6 days ago

https://it.trustpilot.com/review/cryptocasinomigliori.com had me thinking about how often maintenance gets postponed until something breaks, so the focus on routine upkeep like air conditioning and wuduk areas seems like the practical part of this allocation. The mention of Masjid Limau Manis being a stalled JKR project makes me wonder how many other houses of worship are stuck waiting on funding that never quite arrives. At least the RM2.47 million seems aimed at real fixes rather than just ceremonial handovers.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page