top of page

Sudah berbulan berlalu, peratusan proses vaksinasi di Sabah masih rendah


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menyifatkan peratusan pendaftaran dan proses vaksinasi Covid-19 di negerinya adalah terlalu rendah ketika ini.


Katanya, statistik pendaftaran program vaksinasi yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Sabah mencatatkan 17.56 peratus pendaftaran bersamaan 515,124 orang daripada tiga juta rakyat negeri ini.


Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu hanya 4.13 peratus telah menerima vaksin fasa pertama dan kedua sekali gus menunjukkan bahawa angka itu sangat rendah berbanding negeri lain di Semenanjung termasuk Sarawak.


Malah, beliau telah pun mendesak kerajaan negeri untuk mempergiatkan lagi usaha pendaftaran program vaksinasi terutama kawasan pedalaman serta kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.


“Pada ketika itu, hanya 11.03 peratus penduduk Sabah telah mendaftar.


"Amatlah mengecewakan setelah dua bulan hanya 6.53 peratus pertambahan dapat dilihat dan kerajaan negeri seolah tidak mengambil peduli pendaftaran program vaksinasi yang dijalankan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 ini," katanya.


Beliau juga meluahkan rasa kekecewaan apabila pendaftaran tempahan vaksin Covid-19 bagi AstraZeneca pusingan kedua yang dibuka kepada orang ramai berusia 60 tahun ke bawah, tidak melibatkan negeri Sabah sebaliknya hanya melibatkan negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.


Katanya, ia menunjukkan seolah-olah Sabah sering ketinggalan setiap kali inisiatif-inisiatif yang baik diperkenalkan.


Justeru, beliau mendesak Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor supaya menjelaskan hala tuju serta inisiatif kerajaan negeri dalam menggerakkan pendaftaran program vaksinasi di seluruh negeri Sabah.


“Kita juga mendesak kerajaan negeri Sabah untuk mencari penyelesaian berkaitan isu ini dalam kadar segera kerana kita khuatir ia akan menjadi sukar di peringkat pelaksanaan terutama dalam mendaftar penerima vaksin di kawasan pedalaman,” katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page