top of page

SSP serah memorandum desak AS hormati keputusan ICJ



Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) hadir bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), hari ini.


Menerusi satu kenyataan, badan pengerak itu berkata memorendum antara lain bagi menggesa secara konsisten gencatan senjata terhadap Palestin selain menzahirkan kekecewaan AS yang bersekongkol dengan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.


"Kami terkejut dan kecewa dengan Amerika Syarikat yang menunjukkan sokongan tersirat terhadap penindasan dan kekejaman sistematik Israel ke atas Palestin walaupun selepas pengisytiharan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) jelas menunjukkan bahawa tindakan Israel merupakan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di bawah undang-undang antarabangsa.


"Oleh itu, AS tidak boleh berperanan menjadi sebagai penghubung dalam konflik global pada masa hadapan jika enggan menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.

Serahan memorandum di Kedutaan AS

Justeru, badan kemanusiaan itu menyeru Setiausaha Amerika Syarikat kerajaan Antony J. Blinken mematuhi keputusan ICJ selaku badan kehakiman tertinggi di perintah global.


"Antony J. Blinken sebagai Setiausaha Amerika Syarikat wajib memastikan Israel mematuhi Piagam PBB terutamanya Konvensyen Genosid," jelasnya.


Selain itu, kumpulan pendesak itu juga turut meminta kerajaan AS menghentikan pembiayaan dan sokongan ketenteraan kepada Israel bagi mengelakkan konflik berdarah itu terus berlaku.


"Pihak AS tidak seharusnya membekalkan senjata dan kewangan kepada tentera Israel untuk membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak bersalah," ujarnya.


Sebaliknya, kata SSP, pemulihan bantuan kemanusian perlu dibuat bagi mengelakkan krisis kemanusiaan rakyat Palestin terus berlaku.


"Oleh itu, AS wajar segera meminta pihak berkuasa Israel menghapuskan semua sekatan dan halangan untuk memudahkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza seperti yang diarahkan oleh ICJ.


"Kegagalan AS untuk menyambut hasrat murni rakyat Malaysia boleh menjejaskan hubungan persahabatan yang telah terjalin lama," jelasnya lagi.


Dalam hal berkaitan, semalam, SSP akan menganjurkan jelajah solidariti Palestin ke seluruh negara sepanjang Februari ini.


Katanya, jelajah tersebut dianjurkan akan bermula di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kemarahan ke atas kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza yang disokong Amerika Syarikat (AS).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page