top of page

SPR mula pamer cadangan 17 kerusi DUN baharu Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula mempamerkan cadangan 17 kerusi DUN baharu di Sarawak, dengan notis dipasang di beberapa lokasi dalam setiap kawasan Parlimen.


Notis berkenaan akan dipamerkan selama sebulan bermula hari ini dan turut menyenaraikan cadangan nama baharu bagi beberapa kawasan sedia ada.


Memetik laporan Borneo Post, pameran awam tersebut membolehkan pemilih mengemukakan bantahan atau pandangan kepada SPR berhubung cadangan kawasan berkenaan.


Penambahan 17 kawasan itu akan meningkatkan jumlah kerusi DUN Sarawak daripada 82 kepada 99 , namun dijangka tidak sempat diwartakan sebelum PRN Sarawak ke-13 yang dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.


Untuk rekod, DUN Sarawak pada 7 Julai 2025 meluluskan cadangan penambahan 17 kerusi baharu menerusi Rang Undang-Undang (RUU) DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025.


RUU berkenaan turut menggariskan bahawa kajian persempadanan semula terakhir di Sarawak dilakukan pada 2015, manakala jumlah pengundi di negeri ini meningkat dengan ketara sejak itu.


Jurucakap kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil awal Ogos lalu memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyediakan laporan terkini cadangan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page