top of page

SOP rentas negeri Isnin, Khamis untuk bekerja mengelirukan - Syed Ibrahim



Prosedur Operasi Standard (SOP) rentas negeri Covid 19 yang membenarkan individu berkerja ke negeri lain melakukan perjalanan pada hari Isnin dan Khamis sahaja amat mengelirukan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, SOP itu dilihat akan menghalang pekerja yang memerlukan waktu panjang untuk menyiapkan tugasan. Katanya, mereka akan perlu menunggu hari yang ditetapkan untuk pulang, juga kepada individu yang melakukan rawatan perubatan.


"Saya baca komen dalam Facebook. Ramai bertanya macam mana kalau perlu kerja beberapa hari? Rentas negeri Isnin-Khamis. Ada yang kerja Khamis, boleh rentas negeri, kerja sampai Sabtu tetapi nak balik hari Ahad macam mana?


"Apa tindakan kalau itu berlaku? Kalau tujuan perubatan ada temu janji. Mereka tidak boleh balik hari Jumaat sebab tidak boleh rentas. Mereka perlu tunggu hingga Isnin. Yang ini timbulkan kekeliruan.


"Saya cadangkan pihak kerajaan kaji semula SOP ini. Kita buat SOP berdasarkan alasan kecemasan, kita faham. Tetapi bila bezakan ikut hari (bukan kecemasan) maka itu menimbulkan kekeliruan.


"Saya bimbang mereka yang menjaga sekatan jalan raya mungkin menerima pelbagai pertanyaan, "Saya nak kerja tetapi hari ini saya nak rentas, saya ada surat". Kena tolak misalnya," kata Syed Ibrahim dalam siaran langsung Facebook "Sensasi Malam Ini", malam tadi.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, SOP yang disediakan tidak boleh terlalu ketat dan mencampur-adukkan begitu banyak perkara.


Katanya, pihak kerajaan perlu memikirkan semula garis panduan yang sesuai bagi mengelakkan pekerja atau individu yang melakukan rawatan perubatan 'tersangkut' begitu lama di antara negeri.


"Jadi macam mana nak elak perkara ini? Jelaskan SOP ini. Jangan campuradukkan banyak perkara dalam SOP. Hari pun ada, jenis alasan pun ada.


"Belum masuk berkenaan VIP. Kalau ada kes macam ini (rentas Isnin - Khamis sahaja) banyak lagi VIP akan langgar SOP.


"Jadi saya rasa, Majlis Keselamatan Negara mudahkanlah kerja PDRM. Supaya tidak terlalu detail, terlalu merumitkan pelaksanaan. Perkara ini perlu diselesaikan segera," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page