top of page

Sistem HIDE perlu ditambah baik


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil tampil dengan beberapa soalan yang menyentuh sistem HIDE yang digunakan oleh kerajaan.


Katanya, sistem HIDE seharusnya memberikan masa kepada para peniaga untuk menguruskan isu logistik dan stok daripada mengarah premis ditutup serta-merta.


"Jika bazar Ramadan diberi sedikit masa (2 hari) untuk peniaga habiskan stok dan urus logistik sebelum ditutup, dan jika premis-premis yang dikenalpasti HIDE itu belum lagi disahkan sebagai kluster penyebaran Covid-19 tetapi lebih sebagai amaran awal ada kemungkinan dalam 7 hari ia mungkin terjadi.


"Adakah boleh diberi masa 1-2 hari untuk premis-premis dalam senarai HIDE itu menguruskan logistik dan stok sebelum ditutup 3 hari bagi proses sanitasi dan sebagainya?" soalnya.


Beliau berkata, banyak premis seperti KLCC, Mid Valley yang mempunyai supermarket seperti LOTUS’S, AEON dan BIG.


"Apa yang akan terjadi kepada barangan segar seperti sayuran, ikan, daging dan sebagainya yang sedang dijual?


"Adakah dapat diselaras dengan food bank seperti Yayasan Foodbank atau Lost Food Project dan lain-lain agar dapat diagih kepada golongan B40?


"Apa pula yang akan terjadi kepada barangan segar yang telah dijadualkan untuk dihantar hari ini?


"Apakah kesan keputusan dasar ini terhadap rantaian bekalan makanan tempatan, terutama pembekal termasuk pembekal bumiputera?" soalnya.


Fahmi menyokong penuh kepada keputusan penutupan premis atas faktor kesihatan awam, terutama apabila telah disahkan adanya kes positif di premis tersebut.


"Pada masa yang sama, saya terfikir adakah boleh diguna langkah serupa dengan bazar Ramadan, iaitu pemakluman awal sebelum premis-premis ini ditutup.


"Semoga dasar ini diteliti dan ditambah baik," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page