top of page

Selangor tolak turunkan harga rumah kepada warga asing - Rodziah



Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memberi keistimewaan kepada warganegara asing membeli rumah dengan harga diskaun serendah RM600,000 seunit di negeri itu.


Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri menolak permohonan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menurunkan harga rumah yang dijual kepada warga asing di bawah Skim Malaysia My Second Home (MM2H).


Katanya, harga rumah di Selangor kekal pada dasar kadar nilai minimum jualan rumah kepada warga asing sebelum ini, yang ditetapkan pada harga RM2 juta seunit.


"Kita tak bersetuju dengan perkara itu dan hanya pertimbangkan untuk turun sehingga RM1.5 juta sahaja.


“Pada kita (kerajaan negeri), RM1.5 juta mungkin nampak besar tapi bagi warga asing, mereka memang menunggu-munggu untuk memiliki kediaman di sini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Selangor yang berlangsung di Hotel De Palma, hari ini.


Dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini, kerajaan berjanji akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dari RM1 juta kepada RM600,000 pada tahun 2020 untuk pemilikan asing tanpa menafikan hak rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk membeli rumah berkenaan.


Rodziah berkata, langkah KPKT itu bakal memberi kesan kepada rakyat di negara ini untuk membeli kediaman sendiri selepas ini.


“Unit-unit yang tak terjual bukan masalah kami (kerajaan negeri) dan mungkin dah tiba masa untuk pemaju nilaikan dan turunkan harga rumah.


“Tapi kalau nak Kerajaan Negeri putuskan untuk turunkan harga rumah kepada warga asing memang tak boleh,” katanya dipetik Sinar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page