Selangor mahu keluar daripada ‘Perangkap Pendapatan Sederhana’ - Exco
- Suara Keadilan

- May 29
- 1 min read

Kira-kira 61,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor guna tenaga berjaya diwujudkan di Selangor sepanjang tahun lalu.
Exco Pelaburan Ng Sze Han (gambar) berkata, pencapaian dianggap luar biasa itu tertumpu kepada sektor berkualiti dan berkemahiran tinggi yang berjaya menarik minat golongan muda untuk terus menetap serta membina kerjaya di tanah air sendiri.
Tambahnya, Selangor juga berjaya membawa masuk nilai pelaburan RM83.9 bilion pada 2025 yang bukan sahaja melibatkan sektor teknologi tinggi, malah merangkumi bidang perkhidmatan seperti pusat data, logistik dan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS).
"Sektor GBS kini sangat memerlukan bakat tempatan dalam skala besar. Menariknya, peluang ini tidak hanya terhad kepada graduan teknikal, malah golongan muda berlatarbelakangkan bidang sastera seperti perundangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan turut mempunyai kelebihan besar," katanya dipetik.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara itu turut menjelaskan, trend globalisasi dan pendigitalan yang semakin pesat menyaksikan banyak syarikat multinasional kini memilih Selangor sebagai lokasi ibu pejabat serantau atau hab perkhidmatan jabatan tertentu.
Berbanding Singapura yang sebelum ini menjadi hub serantau syarikat antarabangsa, kebanyakkan syarikat kini menjadikan Selangor sebagai alternatif kerana faktor kos yang lebih murah.
Dalam pada itu Sze Han mengakui Malaysia sudah terlalu lama terperangkap dalam kemelut "perangkap pendapatan sederhana" yang perlu diatasi segera.
Justeru, matlamat utama Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan graduan universiti mampu memperoleh pendapatan yang lebih bermartabat dan selesa.
"Kita sudah terlalu lama berada pada tahap pendapatan sederhana. Kita perlu berusaha melangkaui fasa ini kerana tahap gaji antara RM1,000 hingga RM2,000 adalah terlalu rendah dan sukar untuk menampung kos sara hidup asas pada masa kini," tegasnya.




The growing demand for talent in areas like GBS, logistics, and digital services creates valuable opportunities for young professionals from a wide range of academic backgrounds. Reading about steady growth and skill development reminds me of SoFlo Wheelie Life, a motorcycle stunt game where consistent practice, adaptability, and learning new techniques are essential for long-term progress and success.