top of page

Selangor lantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu



Kerajaan Selangor melantik Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Nor Azmie Diron sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, berkuat kuasa hari ini.


Menurut kenyataan dari Pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Nor Azmie merupakan seorang pegawai berpengalaman luas yang memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 1995 itu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya yang mengambil cuti awal sebelum tarikh persaraan pilihannya pada 31 Mac ini.


Katanya, Nor Azmie pernah menguruskan beberapa portfolio termasuk keusahawanan, kewangan dan pengurusan sumber manusia selama 26 tahun dalam perkhidmatan awam.


“Beliau juga pernah memegang jawatan penting di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 2019.


“Justeru, kerajaan negeri ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Nor Azmie dan mengharapkan beliau akan terus menyumbang khidmat bakti buat Selangor Darul Ehsan yang tercinta khususnya dalam merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, Amiruddin juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya atas jasa dan pengorbanannya sepanjang menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.


"Sesungguhnya kepemimpinan dan pengalaman beliau, terutamanya dalam menguruskan pandemik Covid-19 baru-baru ini, akan sentiasa dikenang dan tersemat di hati dan sanubari semua penjawat awam di Selangor," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page