top of page

Selangor syor kerajaan pusat tutup sektor ekonomi kurang perlu

Updated: Jul 10, 2021


Kerajaan Selangor mencadangkan penutupan lebih lama sektor ekonomi di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di negeri itu bagi memutuskan rantaian Covid 19.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, cadangan tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.


"Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (semalam), saya telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.


“Pertama, mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan kecuali yang benar-benar penting sahaja sehingga tamat pelaksanaan PKPD," katanya


Selangor terus mencatat rekod tertinggi jangkitan Covid di Malaysia kerana saringan menyeluruh yang dilakukan di kawasan PKPD, serta saringan kontak rapat kes positif di situ.


Bermula 3 Julai lalu sejumlah 34 mukim di Selangor berada di bawah PKPD sehingga 16 Julai ini dengan hanya sektor ekonomi tertentu yang dibenarkan beroperasi.


Bagaimanapun, pada 7 Julai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi kebenaran kepada lebih banyak sektor untuk beroperasi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page