top of page

Selangor bantu keluarga pelajar terlibat kemalangan di Jordan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga dua pelajar anak kelahiran Selangor yang ditimpa kemalangan di Jordan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pejabatnya telah pun menghubungi keluarga dan waris mangsa terbabit dan akan terus memantau perkembangan pelajar berkenaan.


"Dua pelajar wanita yang terbabit dalam kemalangan tersebut iaitu Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza berasal dari Selangor.


"Pejabat saya telah berhubung dengan waris dan keluarga mangsa serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berdasarkan maklumat daripada Atase Pendidikan di Kedutaan Mesir melaporkan kemalangan terbabit yang menimpa empat pelajar di Universiti Mu'tah, Jordan.


Selain Fatimah Nuha yang dilapor mengalami kecederaan parah, tiga lagi pelajar dilapor berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan.


Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Amirudin memaklumkan ibu bapa kepada Fatimah Nuha akan ke Jordan untuk menguruskan anak mereka yang kini dirawat di sebuah hospital di Amman.


"Insya-Allah, Kerajaan Negeri sentiasa memantau keadaan semasa berhubung kebajikan para pelajar Selangor di luar negara.


"Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada Encik Mustaza sebelum beliau berangkat ke Jordan.


"Di bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar urusan kedua-dua pelajar ini dan keluarga mereka dipermudahkan dan diberi kesembuhan," katanya selepas mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page