top of page

Sekolah padat disusun semula, wujudkan pembelajaran lebih selesa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyusun semula sekolah yang mempunyai jumlah murid yang terlalu ramai bagi membolehkan suasana pembelajaran lebih selesa


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan, langkah itu akan dilaksanakan segera oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berikutan peningkatan jumlah pengambilan murid.


"Saya rasa semua sekolah ada peningkatan (enrolmen) dan memang ada sekolah terima peningkatan murid lebih sedikit...Enrolmen darjah satu memang tinggi," katanya dipetik selepas meninjau sesi baharu persekolahan 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Putra, Kuala Langat hari ini.

ree
Fadhlina meninjau sekolah di Lembang Klang pagi tadi

Kementerian dalam kenyataan berkata, pendaftaran pelajar tahun ini bermula dari prasekolah hingga tingkatan lima di seluruh negara adalah lebih lima juta orang dengan Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu 927,528 orang.


"Enrolmen murid tahun satu adalah 466,799 manakala tingkatan satu pula melibatkan 478,594 pelajar.


"Wilayah Persekutuan Labuan mencatat jumlah pengambilan paling rendah iaitu 1,700 orang bagi tahun satu dan 1,600 untuk tingkatan satu," menurut kenyataan itu.


Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata kementeriannya tidak mempunyai perancangan untuk menyemak semula ekosistem pendidikan vernakular setakat ini.


Beliau berkata sebarang keputusan mengenai ekosistem pendidikan sedia ada mesti berdasarkan ketetapan dalam Akta Pendidikan 1996.


"Kita mendengar pandangan berkenaan (mengenai sekolah vernakular) tetapi pendirian KPM adalah untuk berdiri tegak dan memperkukuhkan Akta Pendidikan.


"Sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini, sekolah vernakular diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan teruskan dengan pendirian tersebut," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page