top of page

Segerakan PRU 15: Umno hanya fikir kuasa, tak peduli nyawa rakyat?



Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 diadakan dalam masa terdekat merupakan satu langkah dangkal dan merisikokan nyawa rakyat.


Menurut Timbalan Pengarah Strategi Unit Pendidikan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Azha Salahudin, biar pun Pilihan Raya Negeri Melaka berjalan tanpa kes jangkitan Covid 19 yang tinggi namun untuk skala PRU keadaan masih belum terjamin kerana jangkitan Covid 19 masih di paras 5,000 kes sehari.


"Walapun BN telah berjaya memenangi PRN Melaka baru-baru ini namun tidak bermakna PRU15 perlu diadakan secepat mungkin. Ini akan membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.


"Peratusan keluar pengundi yang rendah semasa PRN mencerminkan rakyat tidak bersedia keluar mengundi dan masih bimbang tentang penularan wabak Covid-19.


"Umum mengetahui jangkitan Covid-19 dijangka terus meningkat pada akhir tahun ini sepertimana amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dan seorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh melalui ciapan beliau di laman Twitter beberapa hari yang lalu," katanya.


Beliau juga mengingatkan pemimppin Umno yang teruja untuk kembali berkuasa kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyebut sebanyak 2.5 juta kes Covid terkumpul telah direkodkan dan kes kematian adalah sebanyak 30,002 sehingga 21 November 2021.


Katanya, walaupun kadar vaksinasi bagi golongan dewasa telah mencecah hampir seratus peratus namun kes jangkitan akan terus menunjukkan peningkatan sekiranya orang ramai tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan tidak mengambil dos penggalak yang telah disarankan oleh KKM.


"Negara-negara Eropah juga sedang mengalami nasib yang sama iaitu peningkatan kes jangkitan dalam kalangan rakyat mereka.

"Di Jerman, kes jangkitan terbaru telah mencecah 50,000 dan Belgium pula telah memgumumkan langkah terbaru bagi mengawal penularan wabak Covid-19 serta menggesa rakyat mereka untuk bekerja dari rumah.


"Negara United Kingdom juga telah mengeluarkan arahan mewajibkan semula rakyat memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial ditempat awam.


"Kerajaan BN sebaik-baiknya berpegang kepada Perjanjian Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani bersama Pakatan Harapan supaya tidak berlaku PRU sehingga Julai 2022. Perjanjian ini diadakan supaya kestabilan politik dapat diperbaiki dan tidak berlaku lagi peralihan kuasa di peringkat persekutuan," katanya.


Tegas Azha, PRU 15 tidak sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan, sebaliknya kabinet PM Ismail Sabri Yaakob perlu berusaha sedaya upaya mengurangkan kes jangkitan Covid 19 sebelum mengumumkan pilihan raya ke seluruh negara.


"Kerajaan seharusnya mempersiapkan diri dengan merangka rancangan untuk menurunkan kes jangkitan wabak Covid-19 yang dijangka akan meningkat supaya kesihatan dan pendapatan rakyat terus terjamin.


"Masih ramai rakyat yang berusaha dan bergelut untuk mencari sumber pendapatan stabil bagi menampung kehidupan harian mereka.


"Jangan ulangi sejarah PRN Sabah tahun lalu yang memberi impak besar kepada negara, menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakkan kuasa oleh pemerintah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page