top of page

SCRIPT: Penghayatan Idealisme Masyarakat Madani




Oleh: Mustaffa Kamil Ayub


ULASAN: Pada tanggal 2 Oktober 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) meluncur dan mengadakan dialog SCRIPT-MADANI DSAI, "For A Better Malaysia" di Hotel Dorset Subang, kelolaan IDE dan The Centre for Postnormal Policy & Futures Studies.


DSAI telah melakarkan dan membahaskan dengan cukup menarik dokumen SCRIPT (Sustainability, Care and Compassion, Respect, Innovation, Prosperity, Trust) dari segi visi, naratif, kerangka dan polisinya. Dokumen setebal 178 ms ini sewajarnya dihayati dan disebarluaskan.


Dapat dikatakan SCRIPT adalah kesinambungan ide Masyarakat Madani yang pertama kalinya dipopular oleh DSAI di Festival Istiqlal Jakarta 1995.


Masyarakat madani berteraskan moral


Definisi DSAI mengenai masyarakat madani adalah suatu masyarakat dengan, "Sistem sosial yang subur berasaskan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat; masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi, sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang".


Sewaktu usrah bersama Ustaz Dr Razali Nawawi, Almarhum Dr Siddiq Fadhil dan sejumlah yang lainnya, kami banyak didedahkan dengan ide-ide masyarakat madani.


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa gelombang kebangkitan dan kesedaran Islam tahun-tahun 1970an, berjaya meletakkan Islam sebagai cara hidup mencakup segenap dimensi. Ia telah digerakkan oleh DSAI dan sahabat-sahabat seangkatannya termasuklah Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Razali Nawawi dan Ustaz Siddiq Fadhil. Ini termasuklah kesedaran pemakaian tudung di kalangan wanita Muslim.


Lahirnya Deklarasi Permatang Pauh


Buat rakyat Malaysia keseluruhannya masyarakat madani mengajak kepada semangat inklusif, universal, tiada perkauman sempit, pembelaan mereka yang miskin dan tertinggal, perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta penghayatan nilai-nilai murni. Dialog antara agama, kaum serta peradaban disemarakkan dalam masyarakat majmuk Malaysia.


Penulisan, pengembangan dan pelan tindakan berdasarkan idealisme masyarakat madani ini sewajarnya dikembangkan oleh semua pihak. Dalam tahun-tahun 1980an ia juga diterjemahkan dengan antara lain kewujudan Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam.


Walaupun selepas peristiwa 2 September 1998, garapan ide masyarakat madani kurang mendapat perhatian. Secara peribadi, kami juga rasa terpanggil dengan mengemukakan kajian tesis Sarjana@Master di UKM, 2002, bertajuk Masyarakat Madani & Idealisme Politik.


Di peringkat awal Gerakan Reformasi, ide masyarakat madani dan gagasannya ditandai dengan Deklarasi Permatang Pauh (1998). Di dalamnya terangkum persoalan mengangkat karamah insaniah, keadilan untuk semua, mendaulatkan kuasa rakyat melalui demokrasi, keadilan ekonomi, membenteras rasuah dan salahguna kuasa, jati diri budaya dan globalisasi berteraskan kebenaran dan keadilan.


Justeru, SCRIPT adalah kepeloporan DSAI dalam menterjemahkan ide masyarakat madani dalam bentuk yang lebih konkrit serta polisi-polisi yang terkait.


Bina Malaysia yang lebih baik


Berlatarbelakangkan senario semasa negara dan global dengan kemelut ekonomi, krisis politik, serangan pandemik Covid 19, SCRIPT meletakkan visinya "To build a sustainable and prosperous Malaysia based on care and compassion, mutual respect, innovation, and trust, where inclusiveness and equality is embraced by the whole nation - ultimately a just Malaysian society".


DSAI memberikan komitmen dalam membina Malaysia yang lebih baik melalui SCRIPT dengan penegasan "We must now move beyond empty dan selfish pursuits of power, the myopic prejudices of the past, and the complacent shady money politics that has taken hold of Malaysia.......Through strong and truthful leadership, my government will not only lead, but walk with its citizens, facing the trials of growth and carving out a solid ethical framework for its actions".


Sejumlah 36 Keutamaan Polisi dalam membina Malaysia Yang Lebih Baik terutamanya Pasca PRU15, termasuklah mengurangkan gaji dan perbelanjaan Menteri, menghapuskan tol bagi B40, menghapuskan hutang peneroka FELDA, melupuskan hutang PTPTN bagi B40, reformasi sejumlah institusi, modernisasi sistem universiti dan pewujudan Pusat Luar Bandar bagi ekplorasi Agro Pertanian 4.0 serta eco-tourism.


Beliau juga mengutip beberapa potongan Ayat Al Quran dan Hadith serta sejumlah sentuhan tokoh-tokoh terkait SCRIPT termasuklah Tunku Abdul Rahman, Ungku Aziz, Ziauddin Sardar, Syed Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib Al Attas, Onn Jaafar, Sultan Azlan Shah, David Colamder, Gordon Brown, Shakespeare, Peter Drucker, Confucius dan Bhim Rao Ambedkar.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan koordinator Gabungan Reformis Malaysia dan Presiden Rapat Rakyat

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page