top of page

'Saya akan pertahan Parlimen Ampang' - Rodziah

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 29, 2022
1 min read


Calon yang diberi tanggugjawab berat mempertahankan Parlimen Ampang agar kekal milik gerakan rakyat, Rodziah Ismail berjanji akan berusaha sedaya upaya mengekalkan kawasan itu di bawah panji panji KEADILAN.


"InshaAllah, saya akan mempertahankan Parlimen Ampang sebagai Parlimen yang benar-benar mendokong aspirasi keadilan," katanya.


Beliau merayu agar pengundi Ampang memberi sokongan padu kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan tidak sekali kali mencuba calon BN atau PN.


"Dengan rendah diri dan menggembleng semua kekuatan yang ada, saya menyeru rakyat Ampang untuk bersama-sama membuktikan keteguhan suara rakyat dengan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 15 nanti.


"Kita buktikan kali ini, Ampang bakal menjadi contoh kebangkitan rakyat.


"Ayuh Malaysia, Kita Boleh," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page