top of page

Sarawak sewajarnya berstatus 'negara' bukan 'wilayah' - KEADILAN Sarawak



Perisytiharan Sarawak sebagai sebuah 'wilayah' oleh Kerajaan Persekutuan dianggap retorik semata-mata kerana tidak membawa banyak makna kepada negeri itu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, perisytiharan tersebut tidak membawa apa-apa keuntungan kecuali mengembalikan taraf 'rakan kongsi setaraf' antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).


"KEADILAN Sarawak mengajak warga Sabah dan Sarawak mengimbau kembali bahawa Sabah dan Sarawak adalah berstatus 'Negara' sebelum dan semasa menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 pada 9 Julai 1963.


"Semasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan seperti keadaan asal Perkara 1(2) untuk mengembalikan hak “equal Partner Sarawak” telah dibentangkan di Parlimen pada April 2019, malangnya tidak lulus kerana kurang 10 undi untuk mendapatkan 2/3, iaitu 148 undi. Kegagalan ini disumbangkan oleh wakil rakyat GPS Sarawak sebanyak 19 orang yang tidak menyokong.


"KEADILAN Sarawak menggesa wakil-wakil rakyat GPS dan Kerajaan Persekutuan untuk membuka Parlimen dan membincangkan usul-usul berkaitan pengisytiharan oleh Perdana Menteri sebagai “wilayah” sebelum kita menerima pengistiharan ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Abun lagi, KEADILAN Sarawak agak terkejut dengan penerimaan mentah-mentah pengisytiharan itu oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini.


Katanya, hal sepenting itu tidak boleh diputuskan oleh Ketua Menteri bersendirian melainkan di bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu dan dibahaskan.


"KEADILAN Sarawak ingin bertanya kepada Ketua Menteri mengapa beliau menerima mentah-mentah pengisytiharan Perdana Menteri mengatakan Sarawak sebagai “wilayah”?


"KEADILAN Sarawak menggesa agar pengisytiharan sepenting itu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN), sama ada boleh diterima atau tidak


"Kalau perbahasan belum dilakukan di Parlimen atau DUN Sarawak, maka perisytiharan ini umpama khabar angin yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Sarawak dan Sabah," katanya.


Bagi Abun, KEADILAN Sarawak tidak boleh menerima perisytiharan wilayah itu kerana tidak membawa apa-apa keistimewaan bersamanya. Tidak sebagaimana terma rakan kongsi setaraf seperti yang diperjuangkan oleh PH dahulu.


"KEADILAN Sarawak belum boleh terima panggilan wilayah ini atas sebab tidak ada keistimewaan-keistimewaan yang turut dijanjikan bersama terma wilayah tersebut.


"Kami mendukung kenyataan awal Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu menyokong status Sarawak tidak sama taraf dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia (sebaliknya rakan kongsi Malaysia)," katanya lagi.


Pengumuman Sarawak sebagai wilayah juga dianggap mengelirukan dan dipertikai warganet. Mereka mempersoalkan apakah terma wilayah itu bermaksud sama sebagaimana kewujudan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang boleh meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah seliaan Menteri Wilayah Persekutuan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page