top of page

RUU Anti Lompat Parti sudah komprehensif, pindaan patut dibuat dalam parti



Oleh: Helmi Mohd Foad


Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diluluskan pada Julai 2022 telah digubal mengikut proses yang intensif melalui kajian dan libat urus yang komprehensif mengikut keperluan semasa negara.


Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Wan Jaafar menegaskan sebarang cadangan pindaan hanya dibuat sekiranya rang undang-undang itu didapati mempunyai kelompangan.


"Namun Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti 2022 yang diluluskan itu adalah yang paling sesuai mengikut kepentingan negara setelah dibuat kajian yang teliti serta proses perbincangan dan libat urus yang intensif dan komprehensif dengan semua pihak berkepentingan.


"Pindaan Rang Undang-Undang juga memakan proses masa yang panjang dan perlu mendapatkan kelulusan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Wan Junaidi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam proses penggubalan RUU tersebut tahun lalu berkata saranan meminda akta berkenaan tidak wajar dan sewajarnya dibuat di peringkat dalam parti politik sendiri.


Jelasnya, langkah itu dilakukan dengan mengadakan senarai kesalahan yang boleh menyebabkan keahlian parti seseorang tergugur secara automatik atas sebab pelanggaran syarat seperti di dalam senarai tersebut.


"Kajian untuk menggubal Rang Undang-Undang ini telah saya mulakan sejak mula berkhidmat sebagai Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri pada bulan Ogos 2021.


"... kerana pada pemikiran saya ianya sangat perlu dan kritikal untuk kestabilan politik negara selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2018 yang menyebabkan pertukaran 3 orang Perdana Menteri dan lebih 30 orang ahli politik juga telah bertukar parti," jelasnya.


Wan Junaidi berkata berikutan kajian awal bermula awal September 2021 hingga Mac 2022, pihaknya telah memberi panduan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggubal draf pertama undang-undang ini.


Kata beliau pihaknya juga menegaskan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk memasukkan langkah yang perlu diambil untuk menangani ahli-ahli parti yang bertukar parti, yang ingkar kepada arahan atau pendirian parti mereka dan ingkar arahan wphip arti mereka di semasa di dalam Parlimen.


"Ingin saya tekankan di sini bahawa proses kajian ini termasuklah meneliti praktis negara-negara lain seperti India, United Kingdom, Singapura dan New Zealand di dalam menangani isu ahli-ahli parti yang menukar keahlian politik di negara mereka.


"Contoh kelemahan praktis adalah seperti yang didapati di dalam praktis undang-undang di India di mana Speaker Dewan tidak diberi had masa untuk menjawab surat pertukaran sokongan parti politik yang beliau terima.


"Hal ini ditambahbaik di dalam RUU Anti Lompat Parti 2022 di mana Speaker Dewan Rakyat harus membuat keputusan surat notis pertukaran keahlian parti selepas 21 hari ianya diterima oleh beliau," katanya.


Kata Wan Junaidi draf pertama RUU itu telah dibuat selepas melalui beberapa kali proses perbincangan dan libat urus bersama bersama pemimpin-pemimpin parti, Ahli Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, golongan akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kesatuan masyarakat.


Sebelum ini Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggesa supaya RUU Anti Lompat Parti dikaji semula berikutan terdapat kelemahan susulan tindakan empat Ahli Parlimen parti itu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri namun kekal bersama parti.


Empat Dewan Rakyat itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page