top of page

RUU 355: Pas jangan hanya desak, perlu bawa ke MKI - Dr Fahmi



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Pas Selangor membangkitkan isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 untuk diluluskan segera oleh Kerajaan Perpaduan sangatlah tidak wajar.


Bagi Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, sebaliknya beliau menyarankan Pas menggunakan saluran Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dalam mencari penyelesaian terbaik memperkasakan undang-undang syariah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Sekiranya Pas masih mahu memperjuangkan undang-undang syariah di Malaysia, maka saya gesa mereka menggunakan saluran MKI sebagai platform rasmi kerajaan untuk menyampaikan pandangan dan cadangan.


"Ia juga dapat menyelesaikan isu-isu pertindanan undang-undang sivil dan syariah, serta mencari kaedah pengharmonian undang-undang Islam di antara negeri," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, Fahmi turut menyeru pihak pembangkang tidak berterusan menimbulkan polemik berhubung pembatalan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.


Beliau berkata begitu mengulas pendirian blok tersebut yang menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan baru baru ini sebagai detik “Black Friday” kepada undang-undang jenayah syariah di negara ini.


"Saya gesa agar mereka turut bersama dengan pihak kerajaan menerusi MKI dan hentikanlah mengeluarkan kenyataan yang terus mengelirukan masyarakat seolah-olah undang-undang syariah di semua negeri di Malaysia ini bakal lenyap atau seumpamanya," kata Fahmi.


Kelmarin, Pas Selangor dalam satu kenyataan mendesak Kerajaan Persekutuan meluluskan segera Rang Undang-Undang Persendirian (RUU355) susulan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.


Tambah kenyataan itu, RUU tersebut dilihat dapat meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan agenda RUU355 akan dibentangkan bersama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).


Jelasnya, cadangan untuk memperkasa mahkamah syariah itu akan dibawa dahulu ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page