top of page

Rombakan kabinet Sabah, Bung Mokhtar digugurkan




Krisis politik Sabah sejak 4 hari lalu berakhir hari ini dengan rombakan kabinet yang menyaksikan pelantikan 3 menteri baharu termasuk dari Pakatan Harapan.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam rombakan itu menggugurkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden yang mengumumkan penarikan sokongan ke atas beliau pada 6 Januari lalu.


Hajiji menggantikan Bung (ADUN Lamang) dengan Shahelmy Yahya (ADUN Tanjung Keramat) sebagai Timbalan Ketua Menteri.


Shahelmy yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan diberi portfolio kerja raya.


Manakala Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan selaku ADUN Tambunan kini adalah Timbalan Ketua Menteri I dan memegang porfolio pertanian dan perikanan.


Jawatan Timbalan Ketua Menteri II pula disandang oleh ADUN Kundasang, Dr Joachim Gunsalam dari Parti Bersatu Sabah (PBS). Dia juga dilantik sebagai menteri kerajaan tempatan dan perumahan.


Dua wakil rakyat Pakatan Harapan iaitu Christina Liew (KEADILAN Api-Api) dilantik sebagai menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, seorang lagi Phoong Jin Zhe (DAP Luyang) pula diangkat sebagai menerajui potforlio pembangunan perindustrian.


Seorang lagi adalah James Ratib (BN-Sugut) dilantik untuk potforlio pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.


Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Negeri, di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page