top of page

Rakyat masih berdepan masalah akses internet ketika PKPB



Kerajaan digesa supaya mencari jalan yang efektif bagi membantu rakyat bagi mendapatkan akses internet dengan lebih murah dan mudah, lagi-lagi apabila ramai yang berada di rumah ketika ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, disebabkan PKPB, ramai yang terpaksa menanggung bayaran lebih tinggi kerana memerlukan data internet di rumah untuk bekerja dan belajar.


"PKPB memaksa orang ramai menggunakan internet untuk pelbagai tujuan menjadi satu kemestian di setiap isi rumah


"Ada pekerja yang bekerja dari rumah, penuntut universiti, pelajar sekolah, guru-guru, mereka beritahu saya internet percuma 1GB ibarat melepaskan batuk di tangga," katanya di Dewan Rakyat.


Justeru, Shamsul bertanya kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengenai langkah kementeriannya.


"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini memperkenalkan mandatory standard access pricing (MSAP) untuk turunkan harga internet kepada pengguna.


"Apakah kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan MSAP sekiranya masih berhasrat berapa peratusan pematuhan industri kepada perkara ini.


"Bolehkah kerajaan turunkan lagi harga internet memandangkan keperluan rakyat amat mendesak ketika ini," katanya.


Zahidi bagaimanapun sekadar menyatakan bahawa harga langganan internet tidak berubah dan kementeriannya sedang memperluaskan lagi liputan internet di seluruh negara.


"Harga internet tidak naik, kita sedang fokus liputan ke seluruh negara, ada 'blind spot' dan kawasan berbukit-bukau, ini perlukan peruntukan cukup banyak," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page