top of page

Rakyat belum terima manfaat RMK, polisi negara perlu dirombak


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador menyifatkan rakyat Malaysia masih belum benar-benar menerima manfaat dan hasil daripada kelulusan peruntukan dalam Rancangan Malaysia.


Pada mulanya, beliau menganggap pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadikan 'Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan', sebagai permulaan kepada fasa baharu dalam hala tuju pembangunan negara sehala dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) secara dasarnya disambut baik.


Katanya, empat dasar, empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan yang bersifat holistik memberi harapan besar namun khuatir serta berpendapat masih banyak ruang transformasi di peringkat keperluan asas rakyat yang perlu diutamakan terlebih dahulu.


"Keperluan pendidikan anak muda kita yang terjejas ketika ketidaktentuan polisi kementerian dalam tempoh pandemik Covid-19 telah memperlihatkan kejatuhan mutu dan prestasi. Sekiranya keadaan begini tidak menjalani satu transformasi, bagaimanakah negara bakal mampu memperkasakan pembangunan modal insan.


"Hanya melalui pemantapan ilmu akan memberikan peluang lebih tinggi bagi penglibatan anak muda di dalam aktiviti ekonomi yang kian mencabar. Mobiliti sosial juga tidak dapat dikecapi disamping negara gagal untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di kalangan anak tempatan yang kurang layak.


"Jika isu ini tidak diberi keutamaan maka jurang pendapatan dan kadar kemiskinan akan terus bertambah.


"Ketidakseimbangan agihan ekonomi terus membingungkan kerana keutamaan masih diberikan untuk membelanjakan wang negara untuk projek mega seperti ECRL dan kerja-kerja ubah suai Kompleks Seri Perdana sebanyak RM30 juta ketika rakyat sedang merana," katanya.


Beliau turut berkongsi kebimbangan yang sama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang menyebut, tiga negeri pengeluar minyak terus berada di tahap kemiskinan yang membimbangkan.


"Adakah ini akibat pengabaian dan kecuaian di pusat atau kegagalan wakil mereka?


"Hasrat PM untuk mencapai anggaran purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 pada tahun 2025 adalah tidak realistik sekiranya tumpuan masih diberikan kepada Bumiputera yang sudah memiliki berjuta ringgit melalui penekanan dasar ekuiti di mana sehingga kini masih memperlihatkan kesenjangan ketara.


"Rakyat Malaysia belum menerima manfaat Rancangan Malaysia kerana belum ada kehendak politik dalam merombak polisi negara.


"Seruan ketua pembangkang harus disahut apabila beliau menyebut sekiranya Perdana Menteri berhasrat hendak melakukan transformasi yang benar, pihak pembangkang akan memberikan sokong tanpa mengharapkan habuan," katanya.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page